Mitsubishi eK X EV raih 5 bintang JNCAP, kereta kecil pelbagai ciri keselamatan

oleh Muhammad Md Tajudin|
Mitsubishi ek X EV
Mitsubishi ek X EV
Saiz kecil dan usah dijangka tidak mempunyai ciri keselamatan bagus. Mitsubishi Motors Corporation (Mitsubishi) mengumumkan eK X EV meraih Anugerah Lima Bintang di dalam Program Penilaian Kereta Baharu Jepun (JNCAP) 2022.

Kereta elektrik itu memperolehi penilaian tertinggi di dalam penilaian Prestasi Keselamatan Kenderaan 2022.

Untuk Anugerah Lima Bintang, hanya kereta yang mencatatkan penilaian tertinggi (ranking A) di dalam kedua-dua kategori iaitu prestasi keselamatan pelanggaran dan keselamatan preventif serta dilengkapi sistem panggilan kecemasan pelanggaran sahaja yang layak menerimanya.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Mitsubishi ek X EV

 

Setiap tahun, Kementerian Tanah, Infrastruktur, Pengangkutan dan Pelancongan (MLIT) dan Agensi Kebangsaan Keselamatan Automotif dan Bantuan Mangsa (NASVA) melakukan pelbagai ujian penilaian keselamatan kereta di Jepun.

Program itu dibuat bagi memudahkan pengguna memilih kereta dengan ciri keselamatan yang lebih baik dan pada masa menggalakkan pembangunan kenderaan yang selamat oleh pengeluar kereta.

Prestasi keselamatan pelanggaran

Saiz kecil namun eK X EV dilengkapi tujuh beg udara pada bahagian pemandu dan penumpang sebelah, sisi kerusi, dinding kereta dan lutut pemandu.

 

Mitsubishi ek X EV

 

Sejumlah beg udara itu mampu meningkatkan lagi prestasi keselamatan sekiranya berlaku kemalangan.

Prestasi keselamatan preventif

Teknologi keselamatan aktif juga dijadikan ciri standard untuk kesemua varian eK X EV yang terdiri daripada sembilan teknologi bantuan pemanduan canggih.

Sistem Mitigasi Pelanggaran Berdepan (FCM)

Berfungsi dengan memberi amaran kepada pemandu dan mengaktifkan brek bagi membantu untuk mengelakkan pelanggaran atau mengurangkan kerosakan pelanggaran apabila sistem mengesan kenderaan, pejalan kaki dan penunggang basikal di depan dan menentukan risiko pelanggaran.

 

Mitsubishi ek X EV

 

Amaran Penukaran Lorong (LDW) dan Pencegahan Penukaran Lorong (LDP)

Memberi amaran kepada pemandu apabila kereta mula tersasar dari lorong dan membantu kereta kembali ke laluan asal dengan mengaktifkan brek dalam masa yang singkat.

Bantuan Kecemasan untuk Tersalah Tekan Pedal (EAPM)

Memberi amaran kepada pemandu dan mengaktifkan brek bagi membantu mengelakkan pelanggaran atau mengurangkan kerosakan akibat pelanggaran.

Sistem berfungsi apabila kereta mengesan halangan di depan seperti kenderaan, pejalan kaki atau dinding dan pemandu memijak pedal yang salah.

 

Mitsubishi ek X EV

 

Lagi teknologi canggih pada eK X EV ialah Lampu Alur Tinggi Automatik (AHB), Pengecaman Isyarat Jalan Raya (TSR), Makluman Pergerakan Kereta Depan (LCDN), Peringatan Perhatian Pemandu (DAA) dan Amaran Jangkaan Pelanggaran Berdepan (PFCW).

Sistem panggilan kecemasan pelanggaran

Kereta kecil ini dilengkapi sistem panggilan kecemasan bagi menghubungi pusat operasi HELPNET menggunakan butang arahan semasa berlakunya kecemasan perubatan atau di dalam keadaan bahaya.

Sekiranya berlaku kemalangan dan beg udara meletus, kereta akan disambungkan ke pusat panggilan secara automatik.

 

Mitsubishi ek X EV

 

Lebih canggih, ianya sepadan dengan sistem D-Call Net® yang dapat membuat keputusan awal bagi mendapatkan khidmat penyelamatan seperti Doctor Helicopters atau ambulans udara.

Siri baharu, EV dengan Jarak pemanduan 180 kilometer

eK X EV adalah model elektrik baharu dalam siri eK X Mitsubishi. Kereta elektrik dengan ciri kenderaan utiliti sukan (SUV) ini boleh dipandu sejauh 180 kilometer (WLTC).

 

Mitsubishi eK series

 

Jarak yang singkat namun sudah memadai untuk kegunaan harian seperti menghantar anak ke sekolah, membeli barang keperluan dan sebagainya.

eK X EV dijual pada harga 2,546,500 yen (RM82,247.38) dan 3,081,100 yen (RM99,519.90).

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Berita Berkenaan

Berita Global
Perkara itu diumumkan secara rasmi oleh Mitsubishi menerusi siaran media  semalam, di mana model…
Berita Global
Anugerah tersebut sebenarnya dikongsi oleh dua buah model - Nissan Sakura dan Mitsubishi eK X.…
Berita Global
  ek X EV adalah model kenderaan elektrik (EV) baharu dalam siri eK X Mitsubishi. Kereta kecil…