Nissan Sakura, Mitsubishi eK X rangkul anugerah Japan Car of the Year 2022

oleh Mohamad Hanif|
Buat pertama kalinya, model kenderaan elektrik daripada segmen kei car berjaya menggondol anugerah Japan Car of the Year untuk tahun 2022-2023.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Anugerah tersebut sebenarnya dikongsi oleh dua buah model - Nissan Sakura dan Mitsubishi eK X.

Lebih mengujakan apabila model kembar itu berjaya mengalahkan pesaing yang jauh lebih moden seperti Toyota Crown, Hyundai Ioniq 5 (Import Car of The Year), BMW iX (Design Car of The Year), dan Mazda CX-60!

 

Sakura


Selain daripada anugerah Japan Car of the Year, kedua-dua model kei itu juga turut dinobatkan sebagai Kei Car of the Year 2022.

Ini merupakan tahun kedua berturut-turut Nissan berjaya memenangi anugerah berprestij itu, selepas kejayaan Nissan Note pada tahun lalu.

Sementara itu, ini merupakan kali pertama Mitsubishi Motors meraih trofi tersebut untuk tempoh 26 tahun.
 

ek X


Sebagai makluman, Nissan Sakura dan Mitsubishi eK X merupakan model kei car berkuasa elektrik yang dilancarkan pada pertengahan tahun yang lalu.

Kedua-dua model ini berkongsi spesifikasi seperti konfigurasi motor elektrik tunggal (63 hp/195 Nm), serta jarak gerak sejauh 180 km untuk sekali cas penuh.

Saiz yang kompak, spesifikasi yang moden dengan harga jualan yang tidak terlalu mahal menjadikan Nissan Sakura dan Mitsubishi eK X pilihan yang ideal untuk kegunaan di dalam bandar.

Baca: Nissan Sakura EV 2022

Baca: Mitsubishi ek X EV 2022