Mitsubishi Australia panggil kembali Pajero - suspensi hadapan bermasalah

oleh Mohamad Hanif|
Dalam satu kempen panggil semula yang dijalankan oleh Mitsubishi Australia, pengeluar itu menyeru para pemilik model Pajero tahun 2017-2018 untuk menghantar kenderaan masing-masing untuk diperiksa.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Antara punca kempen panggil semula ini adalah disebabkan kebimbangan terhadap bahagian bawah lengan kawalan sebelah kanan yang mungkin terjejas akibat kekurangan kekuatan pengimpalan sewaktu pembikinan. 

Menurut Mitsubishi Australia lagi, kekurangan kekuatan pengimpalan pada komponen yang dimaksudkan mampu menyebabkan struktur tersebut lemah pada pusat cantuman kimpalan dan sekaligus menyebabkan stereng gagal beroperasi. 

Kira-kira 6,384 buah Pajero dipanggil semula dan segala kos penggantian akan ditanggung sepenuhnya oleh Mitsubishi Australia. 

 


Sebagai makluman, generasi keempat Mitsubishi Pajero ini sudah pun ditamatkan pengeluarannya di Jepun pada Ogos lalu, dan 700 unit Pajero Final Edition dihasilkan sebagai meraikan penamatan produksinya. 

Namun di sesetengah pasaran ia masih lagi dijual seperti di Amerika Latin dan sebahagian negara Asia Tenggara. 

Sumber: CarAdvice
 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
PHSAM menggesa supaya pemilik terlibat untuk menghubungi pusat pusat Audi Centre berhampiran untuk…
Berita Global
Menurut laman web rideapart.com, unit-unit yang mempunyai masalah dengan penyambung (strut) sistem…
Berita Global
Namun begitu, kempen panggil semula tidak dapat dilaksanakan pada waktu ini disebabkan Mercedes…