Sistem gantungan belakang boleh jatuh - US panggil semula BMW K16

oleh HEZERI SAMSURI|
BMW Amerika Utara mengambil tindakan memanggil semula semua model K 1600 GT, K 1600 GTL dan K 1600 B untuk tahun 2019 dan 2020 kerana kemungkinan masalah pada sistem gantungan belakang motosikal tourer itu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut laman web rideapart.com, unit-unit yang mempunyai masalah dengan penyambung (strut) sistem gantungan roda belakang itu boleh rosak dalam penggunaan harian.

Jika ia berlaku, seluruh bahagian atas di belakang motosikal itu boleh turun dan bergesel dengan roda belakang, mewujudkan risiko kemalangan.

Menurut BMW Amerika Utara, sebanyak 1,625 unit motosikal model itu terbabit dan komponen terbabit akan diganti secara percuma.

Untuk mereka yang memiliki motosikal BMW K 1600 dari Amerika Syarikat yang dibeli secara "recon", sila hubungi penjual anda dengan kadar segera.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
PHSAM menggesa supaya pemilik terlibat untuk menghubungi pusat pusat Audi Centre berhampiran untuk…
Berita Global
Namun begitu, kempen panggil semula tidak dapat dilaksanakan pada waktu ini disebabkan Mercedes…
Berita Global
Kempen tersebut bertujuan untuk menggantikan beg udara sebelah pemandu yang bermasalah dan mampu…