Recall: PHS Automotive Malaysia panggil semula 2,767 unit Audi dengan isu beg udara Takata

oleh Danial Yasin Suhaimi|
PHS Automotive Malaysia (PHSAM) hari ini telah mengumumkan kempen panggilan semula libatkan 2,767 unit kereta yang dilengkapi dengan beg udara Takata.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

PHSAM menggesa supaya pemilik terlibat untuk menghubungi pusat pusat Audi Centre berhampiran untuk mendapatkan janji temu pemeriksaan serta penggantian jika perlu terhadap beg udara dan alat ganti berkaitan secepat mungkin tanpa sebarang kos.

Panggilan semula itu melibatkan beberapa model iaitu Audi A4 Sedan, A5 Sportback, A6 Sedan, Q5 dan TT Coupe antara tahun 2008 hingga 2017 yang dilengkapi dengan beg udara Takata atau generator gas pada beg udara bahagian pemandu, penumpang dan beg udara jenis curtain.

Menurut Audi, terdapat risiko untuk perumah generator gas itu rosak apabila beg udara diaktifkan, dimana ia akan menyebabkan serpihan kecil melayang dari perumah tersebut dan boleh mengakibatkan kecederaan serius.

 

2

 

PHSAM turut menasihatkan pemilik Audi yang yang tidak pasti sama ada model Audi mereka terlibat dalam kempen panggilan semula itu untuk mengunjungi laman sesawang Audi Malaysia atau hubungi mereka di talian 1-800-22-2834.

Selain itu juga, PHSAM menawarkan program Audi Plus untuk semua pemilik kereta Audi berusia 5 tahun ke atas dimana mereka akan menerima diskaun penyelenggaraan sebanyak 10% di semua pusat Audi Centre.

Pemilik juga akan menerima 3 baucar servis yang boleh digunapakai dalam tempoh 3 tahun selepas tahun kelima servis, di samping perkhidmatan Bantuan Tepi Jalan Audi secara percuma sehingga 12 bulan dari tarikh penebusan baucar.

 

Berita Berkenaan

Pelancaran
Kehadiran dua SUV pantas ini dilihat mampu melengkapkan lagi penawaran SUV elektrik Audi untuk…
Berita Domestik
Kedua-dua kempen yang akan berakhir pada 31 Disember ini menawarkan penjimatan sehingga RM93,000…
Berita Domestik
Aplikasi myAudiWorld kini menawarkan rangkaian ciri menarik untuk menjadikan pengalaman pemilikan…