Minta Jaguar, dapat BMW - lelaki ini bertindak humban BMW dalam sungai

oleh Mohamad Hanif|
Seorang lelaki di India tanpa rasa bersalah 'membuang' kereta BMW yang diterima sempena ulang tahun kelahirannya ke dalam sungai.

Akash dari Haryana dikatakan bertindak demikian berikutan tidak berpuas hati kerana tidak dihadiahkan kereta Jaguar oleh ibu bapanya.

Sebagai tanda protes, dia menolak kereta tersebut ke dalam sungai.Difahamkan, kos untuk sebuah kereta BMW adalah kira-kira 3.5 juta Rupee (RM206,167) manakala Jaguar adalah lebih mahal dan mencecah kira-kira 5 juta Rupee (RM294,521).

Rakaman video menunjukkan kereta tersebut terapung di dalam sungai sebelum ia tersangkut pada tebing rumput.

Dipercayai anak lelaki kepada anak tuan tanah tempatan itu kemudian turut berenang dan cuba menyelamatkan kereta tersebut dengan bantuan orang ramai.

Susulan itu, pihak berkuasa telah melancarkan siasatan ke atas kejadian tersebut.

Klip video tersebut turut menjadi tular dan ramai mengecam tindakannya yang disifatkan sebagai tidak bersyukur.

Sumber: Astro Awani

Add new comment

Careta Ad

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pemangku Ketua Polis Daerah Brickfields, Superintendan Arifai Tarawe, berkata dalam kejadian pada…
Berita Domestik
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor, Superintendan Azman Shariat,…
Berita Domestik
Ramai ibu bapa terpaksa menggunakan helah peranti pintar sebagai pengganti di kala diri kesibukan…