Sanggup mengunci diri dalam kereta elak peranti pintar dirampas

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ramai ibu bapa terpaksa menggunakan helah peranti pintar sebagai pengganti di kala diri kesibukan dan mengelakkan mereka meragam tidak tentu pasal. 

Namun, anda terpaksa memikirkan semula helah ini bagi mengelakkan anak anda yang tidak berdosa menjadi mangsa akibat kecuaian diri sendiri. 

Buktinya, di Kelantan seorang kanak-kanak lelaki dengan sengaja menguncikan diri dalam kereta dengan tingkap yang tertutup semata-mata tidak mahu peranti pintarnya diambil. 

Menurut hantaran Facebook, kanak-kanak tersebut kemudian menguncikan diri di dalam kereta dan tidak menghiraukan panggilan ibunya itu. 
 


Risau akan keselamatan anaknya, ibunya terpaksa memohon bantuan daripada pihak Bomba untuk memecah masuk bagi menyelamatkan 'mangsa'.

Menariknya, anak kecil itu tidak sekali-kali menghiraukan kekalutan di luar dan terus tenggelam di dalam dunianya yang tersendiri. 

Harus diingatkan, anda perlu senantiasa mengawasi apa jua pergerakan anak anda, termasuklah di dalam kereta bagi mengelakkan mereka kelemasan akibat kekurangan oksigen atau stroke haba seperti mana kes-kes yang berlaku sebelum ini. 

Sumber: Facebook

Berita Berkenaan

Berita Global
Berita baik, para pemilik kereta BMW kini boleh mengaktifkan ciri Digital Key Plus dengan…
Gaya Hidup
Berbanding model standard S23 Ultra, peranti pintar edisi khas ini bakal menampilkan beberapa ciri…
Berita Global
Undang-undang itu mula berkuat-kuasa 7 Julai lalu tetapi ia akan mula dipraktikan menjelang Juali…