Alza lawan arus - pemandu wanita ditahan Polis

oleh Mohamad Hanif|
Seorang wanita ditahan selepas disyaki memandu melawan arus di Lebuhraya Sungai Besi (BESRAYA) menghala ke Pandan Indah, semalam.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor, Superintendan Azman Shariat, berkata wanita berusia 27 tahun dari Cameron Highlands itu ditahan pada jam 8.45 malam di Balai Polis Trafik Ampang Jaya.

“Kita tahan seorang wanita susulan satu video tular menunjukkan sebuah kereta jenis Perodua Alza dipandu secara melawan arus di BESRAYA menghala ke Pandan Indah.

“Hasil siasatan awal, wanita terbabit mengaku memandu secara melawan arus kerana tersilap masuk laluan bertentangan ketika dalam perjalanan pulang ke rumah.

“Dia meneruskan perjalanan kerana panik dan mahu keluar dengan cepat dari laluan terbabit,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Azman berkata, hasil ujian saringan awal terhadap air kencing wanita terbabit juga di dapati negatif.

Katanya, wanita itu kemudian dibebaskan dengan jaminan dan siasatan diteruskan mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sebelum ini tular di media sosial, video berdurasi 42 saat yang memaparkan sebuah kereta jenis Perodua Alza berwarna putih dipandu secara melawan arus.

Menerusi video yang dipercayai dirakam seorang penunggang motosikal, Perodua Alza itu dipandu di lorong paling kanan laluan terbabit.

Sumber: Berita Harian

 

Add new comment

Careta Ad

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Axia, Bezza dan Alza kekal nombor satu dalam segmen masing-masing dengan 70,821, 49,911 dan 24,…
Telah Diuji
Tatkala hayat Daihatsu Boon Luminas di Jepun hanyalah sekitar empat tahun sahaja, Perodua '…
Berita Domestik
Program tersebut disertai 50 orang termasuklah keluarga ahli yang terdiri daripada daripada Negeri…