MINI Cooper SE Electric 2023 - warna baharu Nanuq White, dari RM199,164

oleh Mohamad Hanif|
BMW Group Malaysia mengemaskini penawaran hatchback berkuasa elektrik MINI Cooper SE Electric untuk tahun 2023 dengan penawaran warna baharu Nanuq White, bumbung berwarna hitam dan perumah cermin sisi dalam warna kuning atau hitam.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Selain itu, MINI Electric ini turut dilengkapi dengan bumbung panorama, fungsi pemanas tempat duduk, unit lampu LED adaptif, Exterior Mirror Package, kemasan dalaman leatherette Carbon Black dan headliner Anthracite.
 

SE


Dari segi kuasa, MINI Electric tampil dengan motor elektrik tunggal berkuasa 184 hp dan 270 Nm, sementara pek bateri berkapasiti 28.9 kWh pula membolehkan MINI ini dipandu sejauh 232 km untuk sekali cas penuh (data WLTP).

Pecutan 0-100 km/j adalah sekitar 7.3 saat sementara kelajuan tertinggi dihadkan kepada 150 km/j sahaja.
 

SE


MINI Electric turut menampilkan pelbagai ciri bantuan pemandu seperti Amaran Keluar Lorong dan Brek Kecemasan Autonomi yang melengkapi ciri keselamatan lain seperti enam beg udara, kawalan kestabilan, ABS, EBD, kawalan cengkaman dinamik dan kawalan kunci pembezaan elektronik (EDLC).

Harga jualan MINI Cooper SE Electric 2023 ini bermula dari RM199,164.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Penawaran MINI Electric semakin hangat selepas MINI memperkenalkan edisi terhad MINI Electric…
Berita Domestik
Dengan pengecualian daripada duti import dan eksais pada tahun ini, harga jualan MINI Cooper SE EV…
Pelancaran
Menurut Hans de Visser selaku pengarah urusan BMW Group Malaysia, sebanyak 250 unit MINI plug-in…