MINI perkenal MINI Electric Convertible, syok buka bumbung!

oleh Muhammad Md Tajudin|
MINI Electric Convertible
MINI Electric Convertible
MINI Electric dilancar di peringkat global pada 2020 dan MINI Electric First Edition menyusul di pasaran tempatan pada September tahun yang sama dan ditawarkan dalam jumlah terhad 15 unit.

Selang beberapa bulan atau pada Jun 2021, lebih ramai peminat boleh memilikinya selepas model massa MINI Electric dilancarkan.

MINI Malaysia terus memperkemaskan model ikonik itu dengan menawarkan MINI Electric 2023 pada Januari lalu dan dilengkapi bumbung panoramik.

Harga yang ditawarkan bermula daripada RM191,546.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
MINI Electric Convertible

 

Penawaran MINI Electric semakin hangat selepas MINI memperkenalkan edisi terhad MINI Electric Convertible.

Model ini dikeluarkan sebanyak 999 unit dan dibuat selepas model one-off Mini Cooper SE Convertible yang dipertontonkan pada 2022 mendapat maklum balas positif.

Pakej terbaru yang ditawarkan sangat menarik, kereta elektrik dengan pemanduan go-kart dan bumbung terbuka!

Jumlahnya yang terhad pula mempunyai potensi untuk menjadi barang 'rare' pada masa depan.

 

MINI Electric Convertible

 

MINI Electric Convertible ditawarkan dalam spesifikasi tetap dengan dua pilihan warna Enigmatic Black dan White Silver.

Pemegang pintu, pendakap pada fender dan bahagian keliling lampu depan dan belakang dibuat dalam warna Resolute Bronze.

Logo MINI dan tulisan nama model pula dalam warna Hitam Piano. Nombor siri yang merupakan ciri khas dipaparkan pada pendakap fender dan pelapik ambang pintu.

 

MINI Electric Convertible

 

Lagi ciri khas ialah rim aloi Electric Power Spoke saiz 17 inci dua tona dan diperbuat daripada aluminium kitar semula.

Pada bahagian dalam, kerusi sport MINI Yours dengan balutan Leather Lounge mempunyai fungsi pemanas dan larasan peha.

Stereng sport dibalut kulit Nappa dan juga dilengkapi fungsi pemanas.

 

MINI Electric Convertible

 

Permukaan dalam menggunakan tema Piano Black dan meriah dengan lampu suasana dan riasan kuning pada suis mula henti dan grafik tombol gear.

Memberi maklumat kepada pemandu ialah eDrive dengan paparan penggunaan tenaga, jarak dan tips untuk pemanduan ekonomikal.

Maklumat itu ditunjukkan pada MINI Head-Up Display. Untuk perjalanan jauh, pemandu disediakan Kawalan Jelajah Aktif dengan fungsi Henti & Mula dan MINI Driving Assistant.

 

MINI Electric Convertible

 

Kereta buka bumbung ini digerakkan motor elektrik berkuasa 135 kilowatt (kW) (184 hp) dengan pecutan 0 hingga 100 kilometer sejam (km/j) dalam masa 8.2 saat.

Jarak pemanduan (WLTP) sejauh 199 kilometer dan dari segi praktikaliti, muatan but mempunyai kapasiti 160 liter.

Jarak dan ruang but bukan kelebihan MINI Electric dan model ini lebih kepada kenderaan santai atau simbol kepada minat dan gaya.

MINI Electric Convertible ditawarkan pada harga 52,500 Pound Sterling (RM278,297.69).

Penulis: Muhammad Md Tajudin