Dengan pengecualian daripada duti import dan eksais pada tahun ini, harga jualan MINI Cooper SE EV kini bermula dari RM178,241 (atas jalan tanpa insurans, dengan jaminan dua tahun tanpa had perbatuan), dengan perbezaan RM35,220 lebih murah jika berbanding tahun 2021.
Jika anda mengambil jaminan lima tahun dengan pakej servis, harga jualan meningkat kepada RM183,571.
Sebagai makluman, MINI didatangkan dengan motor elektrik pacuan roda hadapan berkuasa 184 hp/270 Nm, serta pek bateri 12 modul berkapasiti 28.9 kWh yang membenarkan jarak pergerakan sejauh 232 km (data WLTP).

MINI Electric mampu memecut sepantas 7.3 saat (0-100 km/j) sebelum mencapai kelajuan tertinggi yang dihadkan 150 km/j sahaja.
Dengan pengecasan pantas DC, ia mampu mengisi kapasiti bateri dari sifar ke 80 peratus dalam masa 36 minit sahaja, sementara MINI Wallbox Plus menawarkan masa pengecasan 0-80 peratus dalam tempoh 2 jam setengah.
Baca: MINI Cooper SE EV 2021
Sumber: Paultan