Michelin, Petron didik pelajar tentang keselamatan tayar kenderaan

oleh Mohamad Hanif|
Michelin dan Petron telah berjaya menganjurkan kempen keselamatan penggunaan tayar kepada lebih 5,000 orang pelajar Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) dalam Program Keselamatan Jalanraya.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kolaborasi ini bertujuan untuk meningkatkan tahap kesedaran terhadap kepentingan tayar pada kenderaan, serta memberikan pengetahuan asas penjagaan tayar, terutama tekanan udara dan bagaimana untuk mengira kedalaman benang tayar. 

Program Keselamatan Jalanraya di UNITEN merupakan siri kelima yang berjaya dianjurkan selepas program di School of Professional and Continuing Education, Universiti Teknologi Malaysia (UTMSPACE), Universiti Malaysia Pahang, Universi Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dan UiTM Johor. 
 


Salah seorang daripada pelajar yang menyertai program tersebut, Nurul Husna binti Zainal Abidin berkata, "Sebelum ini saya hanya memeriksa keadaan benang tayar, namun tidak bagi kadar kedalaman benang tersebut. Kini, saya tahu apakah langkah yang sewajarnya diambil untuk menjaga keadaan tayar dengan baik.

"Saya berharap, Michelin dan Petron dapat meneruskan usaha yang baik ini untuk tahun yang akan datang.
 


Menurut seorang lagi pelajar, Amir Ridhwan bin Ahmad Fauzi menambah, "Pengetahuan untuk memeriksa tekanan tayar dan kadar penggunaannya adalah penting untuk para pelajar, oleh kerana majoriti kami memandu setiap hari ke kelas di Universiti."

Menurut Pengarah Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awam Michelin Indonesia, Malaysia, Singapura dan Brunei, Nora Guitet berkata, "Michelin sebagai peneraju tayar utama di dunia menekankan pentingnya keperluan untuk memastikan produk kami menepati piawaian standard keselamatan yang tertinggi untuk apa jua keadaan jalan.

"Dengan sambutan yang cukup menggalakkan daripada para pelajar, kami komited untuk meneruskan usaha ini dalam meningkatkan kesedaran terhadap penggunaan tayar yang betul, serta skil untuk pemanduan yang lebih selamat," tambah beliau. 
 

Berita Berkenaan

Berita Global
Van yang dilengkapi tayar prototaip itu telah memulakan perjalanan pertamanya dari pejabat DHL…
Berita Domestik
Acara tahunan ini akan menyaksikan gamer dari Malaysia bertempur dengan peserta-peserta dari negara…
Berita Global
  Dari segi spesifikasi, MICHELIN x Bamford B347 Pilot Sport adalah jam kronograf satu butang…