MG rasmi dilancar di Malaysia: harga dari RM103,999

oleh Firdaus Razani|
Pada hujung Februari lalu, MG Motor telah mempertontonkan serta membuka tempahan untuk barisan model kereta elektriknya yang terkini iaitu MG4 dan MG ZS EV di pasaran Malaysia.
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 01
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 02

Hari ini, SAIC Motor Malaysia Sdn Bhd melancarkan secara rasmi bagi harga dan tawaran menarik bagi dua barisan model MG, iaitu MG4 EV dan MG ZS EV.

 

mg

 

Berikut merupakan harga rasmi bagi barisan varian model MG4 dan MG ZS EV serta spesifikasi ringkas;

MG ZS EV - harga dari RM125,999

  • Kuasa Output: 176PS, 280Nm
  • Kapasiti pek bateri: 51kwh
  • Jarak gerak: 320km (WLTP)

 

MG4 STD (Standard) - harga dari RM103,999

  • Kuasa Output: 170PS, 250Nm
  • Kapasiti pek bateri: 51kwh
  • Jarak gerak: 350km (WLTP)

 

MG4 LUX - harga dari RM128,999

  • Kuasa Output: 203PS, 250Nm
  • Kapasiti pek bateri: 64kwh
  • Jarak gerak: 430km (WLTP)

 

MG4 Extended LUX - harga dari RM148,999

  • Kuasa Output: 245PS, 258Nm
  • Kapasiti pek bateri: 77kwh
  • Jarak gerak: 520km (WLTP)

 

MG4 X-Power - harga dari RM158,999

  • Kuasa Output: 435PS, 600Nm
  • Kapasiti pek bateri: 64kwh
  • Jarak gerak: 384km (WLTP)

 

Untuk membaca lebih lanjut mengenai kedua-dua model ini di Careta.my, boleh klik pada pautan ini MG4 dan MG ZS EV.

 

mg

 

JAMINAN

MG turut menawarkan pakej waranti yang komprehensif, termasuk 7 tahun atau 150,000km (mana-mana dahulu) pada kenderaan dan 8 tahun atau 180,000km (mana-mana dahulu) pada bateri untuk MG4 dan MG ZS EV.

 

mg

 

Tambahan itu, MG turut menawarkan pertukaran bateri 1-to-1 sekiranya peratusan bateri menurun di bawah 70 peratus selagi perlindungan jaminan bateri masih aktif.

 

mg

 

FAEDAH PEMBELI

Selain itu, pembeli akan menerima faedah tawaran menarik eksklusif sekiranya mendaftarkan kenderaan MG sebelum 30 April 2024 seperti berikut;

 

  • PERCUMA 7W Wallbox Charger dengan pemasangan, untuk model MG ZS EV dan MG Standard (bernilai RM 4,600)

 

  • PERCUMA 11KW Wallbox Charger dengan pemasangan, untuk model MG4 Lux (bernilai RM 5,200)

 

  • PERCUMA 1,000 kredit pengecasan untuk DC Handal dan JomCharge, bagi model MG4 Lux Extended Range and XPower.

 

mg

 

PROGRAM INSURANS MG

SAIC Malaysia turut memperkenalkan Program Insurans MG (MIP) yang  bekerjasama dengan syarikat insurans terkemuka industri Berjaya Sompo Insurance, Allianz Malaysia dan Generali Malaysia.

Pemilik MG akan menerima perlindungan EV tambahan seperti berikut;

  • Liputan Kos Tunda Tanpa Had: EV akan ditarik ke pengendali pusat pengecasan terdekat sekiranya ia kehabisan bateri semasa perjalanan.

 

  • Liputan Pengecas Kotak Dinding Rumah: pembayaran balik sehingga RM 10,000 sekiranya Pengecas Kotak Dinding dicuri, atau rosak oleh faktor luaran.

 

mg

 

Selain itu, Allianz Malaysia di bawah program Allianz EV Shield, akan memberi pampasan sehingga RM 5,000 sebagai tambahan kepada perlindungan insurans kenderaan biasa sekiranya EV terbakar disebabkan oleh pengecas Wallbox, kabel pengecas atau stesen pengecas awam.

*Perlindungan insurans kenderaan Program Insurans MG turut termasuk:

  • Nilai yang dipersetujui, Penambahbaikan dan Penepian Lebihan sehingga 10 tahun
  • Tiada caj untuk Semua Pemandu
  • Bantuan Tunda 24/7 tanpa had
  • Liputan Penuh atas Peril Istimewa
  • Kelulusan tuntutan dengan pantas sehingga RM 20,000
  • Perlindungan Penjagaan Kunci sehingga RM 2,000
  • Elaun Kecurian atau Jumlah Kerugian sehingga RM 1,500
  • Elaun Kesulitan Kemalangan sebanyak RM 200/hari, sehingga 5 hari
  • Perlindungan Kemalangan Diri (PA) sehingga RM 20,000 untuk kematian/hilang upaya kekal

 

mg

 

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
Hari ini secara rasminya, jenama ikonik British, MG Motor, mengumumkan hatchback elektrik terbaharu…
Berita Domestik
Berslogan ‘Passion Drives’, ia merupakan intipati yang menyemarakkan jenama MG dalam mencipta…
Berita Global
  MG4 bukan sekadar EV biasa. Terbaru MG Motor UK mengumumkan MG4 EV XPOWER adalah model produksi…