JENAMA IKONIK BRITISH MG BAKAL MASUK PASARAN MALAYSIA TIDAK LAMA LAGI

oleh Firdaus Razani|
Pengeluar kereta terkemuka British, MG atau nama penuhnya Morris Garages meraikan legasi ulang tahun ke-100 dengan bakal memperkenalkan jenama tersebut di Malaysia tidak lama lagi melalui SAIC Motor Malaysia Sdn Bhd.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Berslogan ‘Passion Drives’, ia merupakan intipati yang menyemarakkan jenama MG dalam mencipta kenderaan yang mengabungkan antara gaya, prestasi dan inovasi.

mg

Dengan jangkaan pelancaran yang bakal dilakukan secara besar-besaran pada model terbaharu MG tidak lama lagi, ia bakal menjadikan landskap automotif Malaysia lebih meriah dengan kehadiran jenama ikonik itu.

Melihat pada sejarah MG, sejak 1924 lagi MG bukan sekadar menjadi jenama kebiasaan automotif, ia turut menggabungkan tradisi dan inovasi secara sempurna melalui elemen dan DNA perlumbaan sebagai terasnya.

 

mg

 

MG telah membawa kecemerlangan British di peringkat global, sekaligus meninggalkan impak yang besar dalam sejarah automotif selama satu abad.

Revolusi jenama MG adalah sejak daripada kereta ikonik hasil karya dari Cecil Kimber iaitu MG 14/28 Super Sports kepada MG T-Series pada tahun 1930-an dan seterusnya MGB tahun 1960-an yang mempamerkan inovasi sepanjang zaman pembuatan kereta jenama itu.

 

mg

 

Kali ini, MG akan meneruskan legasi dengan membawa teknologi canggih dan kelestarian menerusi model elektrik (EV) berprestasi tinggi, sambil mengekalkan identiti jenama bagi mengukuhkan lagi legasi jenama.

Pada tahun 2023 sahaja, MG berjaya untuk memikat pemandu di seluruh dunia dengan merekodkan jumlah jualan sebanyak 800,000 unit kenderaan di lebih 90 negara.

 

mg

 

Dengan kerjasama kukuh bersama pengeluar automotif terbesar China, SAIC Motor, ia membuktikan kejayaan MG dan menjadikan gabungan dua jenama itu dapat memacu ke peringkat yang lebih tinggi.

Buat masa kini, masih belum disahkan model apa yang bakal diperkenalkan, namun, berdasarkan imej yang diperoleh daripada Paultan, terdapat beberapa model MG yang dikesan sedang diuji di Malaysia tahun lalu.

 

mg

 

Model tersebut adalah salah satu model EV MG yang dikenali sebagai MG4 Electric, dari reka bentuk lampu hadapan, lampu belakang dan keseluruhan luarannya sama seperti pasaran di Thailand ketika ini.

 

mg

 

Untuk spesifikasi model ini di pasaran Thailand, ia menggunakan motor elektrik  dengan janaan bateri berkapasiti 51kWj, yang mampu menghasilkan kuasa output sehingga 170 PS dan 250 Nm tork.

 

mg

 

Dengan motor elektrik tersebut, ia boleh mencatat jarak gerak sehingga 425km mengikut kitaran NEDC dan sistem pengecasan AC sehingga 4.4 kW dan DC 88 kW membolehkan bateri dicas dari 10-80 peratus dalam masa 35 minit.

Untuk info lebih lanjut tentang tarikh pelancaran dan peluang eksklusif untuk memandu uji barisan model MG boleh layari laman web rasmi www.mgmalaysia.com atau laman media sosial rasmi @MGmotorMY .

Berita Berkenaan

Pelancaran
Hari ini, SAIC Motor Malaysia Sdn Bhd melancarkan secara rasmi bagi harga dan tawaran menarik bagi…
Model Terbaharu
Hari ini secara rasminya, jenama ikonik British, MG Motor, mengumumkan hatchback elektrik terbaharu…
Berita Global
  MG4 bukan sekadar EV biasa. Terbaru MG Motor UK mengumumkan MG4 EV XPOWER adalah model produksi…