MG ZS EV RASMI DI MALAYSIA - 176PS, 280NM, JARAK GERAK 320KM, HARGA DARI RM129,000

oleh Firdaus Razani|
Seiring dengan pelancaran EV hatchback segmen-C terbaharu iaitu MG4, MG Motor turut melancarkan secara rasmi model SUV elektrik terbaharu iaitu MG ZS EV di pasaran Malaysia.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

MG ZS EV terbaharu ini membawakan ciri moden elektrik pada reka bentuk grill rata dengan paten honeycomb yang dipadankan dengan lampu hadapan projektor LED dan lampu nyalaan siang LED.

 

MG ZS EV

 

Selain itu, seperti kebanyakkan SUV, MG ZS EV ini hadir dengan roof rail, dan ia juga mempunyai bumbung kaca panoramik yang berukuran 870mm lebar dan 1365 panjang.

 

MG ZS EV

 

SUV MG ZS EV terbaharu ini hadir dengan motor elektrik tunggal yang memacu pada roda belakang dan menghasilkan kuasa output sehingga 176PS dan daya kilas 280Nm.

Motor elektrik tersebut dijanakan oleh pek bateri Litium-ion berkapasiti 51.1kwh yang mampu mencapai jarak gerak sehingga 320km (WLTP) dan memecut dari 0-100kmj hanya dalam lapan saat.

 

MG ZS EV

 

SUV elektrik ini turut hadir dengan tiga ciri mod pemanduan iaitu Eco, Normal, dan Sport beserta tiga aras Kinetic Energy Recovery System (KERS).

 

MG ZS EV

 

Bagi sistem pengecasan, ia boleh mengecas sehingga lapan jam dengan menggunakan pengecasan AC Type 2 7kW dan untuk pengecasan DC 50kW, ia boleh mengecas dari 10-80 peratus dalam masa 54 minit.

 

MG ZS EV

 

Bagi ruang dalaman kabin SUV ini, pada bahagian konsol tengah, ia didatangkan dengan paparan infotainmen terapung bersaiz 10.25 inci yang disokong dengan Apple Carplay dan Android Auto.

Selain itu juga,ia turut hadir dengan knob pilihan gear jenis rotary, pengecasan perantis tanpa wayar serta dua USB port.

 

MG ZS EV

 

Manakala untuk bahagian pemandu, ia hadir dengan paparan klustermeter digital bersaiz 7 inci dengan stereng yang bersalut kulit jahitan benang merah serta butang kawalan pada stereng tersebut.

Bagi ruangan kargo, ia menawarkan ruangan sebesar 448 liter dan apabila kerusi belakang diturunkan, ia boleh memberi ruangan sebesar 1187 liter.

 

MG ZS EV

 

MG ZS EV ini turut menawarkan ciri keselamatan seperti enam beg udara, ABS (Anti-lock Braking System), EBD (Electronic Brakeforce Distribution system) dan BA (Braking Assistance).

Ia turut serta dengan lapan komponen penderia sistem bantuan dan keselamatan yang digelar sebagai MG Pilot iaitu ;

  • Adaptive Cruise Control
  • Amaran Brek Kecemasan
  • Amaran Keluar Lorong
  • Bantuan Kesesakan Lalu Lintas
  • Pemantauan Titik Buta
  • Amaran Lintasan Trafik Belakang
  • Kamera Pandangan 360 darjah
  • Bantuan Suluhan Lampu Tinggi

 

MG ZS EV

 

Model SUV elektrik terbaharu ini ia ditawarkan dengan empat pilihan warna iaitu Dynamic Grey, Monument Silver, Black Pearl dan Artic White.

MG ZS EV turut didatangkan dengan pakej waranti yang komprehensif, termasuk 7 tahun atau 150,000km (mana-mana dahulu) pada kenderaan dan 8 tahun atau 180,000km (mana-mana dahulu) pada bateri.

Harga jualan anggaran bagi model SUV elektrik MG ZS EV terbaharu ini adalah pada RM 129,000.

Tempahan telah dibuka, pelanggan boleh melawat mana-mana bilik pameran MG atau ke roadshow seperti tertera pada tarikh berikut;

 

mg4

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pengedar baharu ini menyertai rangkaian baharu dalam meningkatkan kebolehcapaian kepada model…
Pelancaran
Hari ini, SAIC Motor Malaysia Sdn Bhd melancarkan secara rasmi bagi harga dan tawaran menarik bagi…
Model Terbaharu
Hari ini secara rasminya, jenama ikonik British, MG Motor, mengumumkan hatchback elektrik terbaharu…