MForce lancar skuter elektrik YADEA E8S Pro - jarak gerak 100 km, RM5,999

oleh Mohamad Hanif|
MForce Bike Holdings baru-baru ini melancarkan skuter elektriK YADEA E8S Pro untuk pasaran tempatan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ditawarkan pada harga RM5,999 seunit, YADEA E8S Pro ini dibekalkan dengan mnotor elektrik 2.68 hp dan 140 Nm, dipadankan dengan bateri berkapasiti 38 Ah.
 

yadea


Untuk sekali cas penuh, skuter ini mampu bergerak sejauh 100 km untuk sekali cas penuh, selain menawarkan dua mod tunggangan, iaitu Eco dan Sport.

YADEA E8S Pro membawakan sistem pencahayaan LED, panel meter digital, sistem brek cakera depan belakang, ruang storan 32 liter, serta ketinggian pelana 740 mm.

Terdapat tiga warna ditawarkan iaitu Space Gray, Matte Sea Blue dan hitam.
 

yada


Menurut MForce, YADEA E8S Pro ini telah mematuhi piawaian yang ditetapkan oleh JPJ, selain layak untuk mendapat insentif rebat tunai RM2,400 di bawah Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik untuk pembeli berpendapatan tahunan RM120,000 dan ke bawah.

Buat masa ini, bilik pameran dan jualan YADEA telah beroperasi sepenuhnya di Jalan Kelawai, Georgetown, Pulau Pinang dan bakal diperluas ke seluruh negara.

 

YADEA E8S Pro

Berita Berkenaan

Informasi
"Empat skuter elektrik diserahkan untuk kegunaan pasukan keselamatan di KLIA Terminal 1 dan 2,…
Berita Global
Mengikut spesifikasi, Lambretta Elettra 2024 ini datang dengan motor elektrik tunggal berkuasa 15…
Berita Global
Diperlihatkan buat kali pertama pada September yang lalu, Honda Motocompacto merupakan satu tribut…