Mercedes-Benz Malaysia kemaskini penawaran sedan A-Class, serta SUV GLA-Class dan GLB-Class

oleh Mohamad Hanif|
Mercedes-Benz Malaysia mengumumkan kemaskini penawaran bagi barisan model kompak A-Class, GLA-Class serta GLB-Class untuk pasaran tempatan.
LEXUS MREC Banner Campaign August 2024
CHERY Omoda 5 NCAP MREC Banner Campaign September 2024

Sedan A-Class

A-Class


Sedan aras mula Mercedes-Benz itu kini mendapat kelengkapan baharu untuk varian A 200 seperti sistem pencahayaan ambien 64 warna dan slot pengecasan nirwayar, selain ciri keselamatan seperti Bantuan Pengekalan Lorong Aktif, Bantuan Suluhan Tinggi Adaptif, serta Keyless-Go Comfort Package.

Harga jualan bermula dari RM220,458.79 untuk varian A 200 Progressive Line, dan dari RM243,857.88 untuk varian A 250 AMG Line.

Baca: Spesifikasi Mercedes-Benz A-Class CKD


GLA-Class

GLA-Class


Crossover kompak aras mula ini juga turut mendapat kelengkapan sistem pencahayaan ambien yang serupa seperti A-Class.

Standard untuk varian GLA 200 adalah Bantuan Titik Buta, serta penambahan ciri keselamatan lain seperti Bantuan Pengekalan Lorong Aktif, Bantuan Suluhan Tinggi Adaptif, serta slot pengecasan nirwayar.

Harga jualan untuk unit CKD GLA-Class ini bermula dari RM241,379.06 untuk varian GLA 200 Progressive Line, sehingga RM271,164.84 untuk varian GLA 250 AMG Line.

Baca: Spesifikasi Mercedes-Benz GLA-Class CKD


GLB-Class

GLB


GLB-Class merupakan penawaran SUV kompak yang lebih besar dengan kehadiran tempat duduk baris ketiga dan kapasiti kargo sehingga 1,805 liter.

Sama seperti model A-Class dan GLA-Class, GLB-Class turut dilengkapi dengan sistem pencahayaan ambien secara standard, diikuti Bantuan Pengekalan Lorong Aktif, Bantuan Suluhan Tinggi Adaptif, serta slot pengecasan  nirwayar.

Harga jualan untuk unit CBU GLB 200 Progressive Line bermula dari RM271,788.37 sehingga RM320,965.61 untuk varian GLB 250 AMG Line.

Baca: Spesifikasi Mercedes-Benz GLB-Class CBU

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Syarikat itu berkata ia tidak terlibat dalam peruncitan kepada pengguna akhir dan bukan pihak dalam…
Model Terbaharu
Empat varian EQE baharu tersebut adalah;   SEDAN Mercedes-Benz EQE 350+ Electric Art Line…
Informasi
Kita sebagai rakyat Malaysia seharusnya rasa bertuah kerana Mercedes-Benz Malaysia tidak lokek…