Mercedes-Benz A-Class sedan versi CKD - dua varian, harga dari RM210,902.57

oleh Mohamad Hanif|
Mercedes-Benz Malaysia hari ini mengumumkan ketibaan model pemasangan tempatan (CKD) terbaharu untuk pasaran Malaysia, iaitu Mercedes-Benz A-Class dan Mercedes-Benz GLA-Class sekaligus mengukuhkan lagi kedudukan jenama itu dalam segmen premium.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sama seperti penawaran unit CBU yang terdahulu, Mercedes-Benz A-Class 2021 boleh didapati dengan dua varian iaitu A 200 Progressive Line dan A 250 AMG Line.
 

A200


Untuk varian A 200 Progressive Line, ia dikuasakan oleh enjin 1.33 liter turbo yang mampu menghasilkan 163 kuasa kuda dan 250 Nm, sementara A 250 AMG Line pula hadir dengan enjin 2.0 liter turbo dengan angka output 224 hp dan 350 Nm.

Kedua-dua varian dipadankan dengan transmisi 7G-DCT, dibantu dengan ciri seperti Direct-Steer system, serta DYNAMIC SELECT.
 

A200


Antara warna yang boleh dipilih adalah Polar White, Cosmos Black, Mountain Grey, Iridium Silver dan Denim Blue, di mana untuk A 200 Progressive Line didatangkan dengan trim ala gentian karbon, sementara A 250 AMG Line pula hadir dengan kemasan trim aluminium linear-grain.

Ciri keselamatan pula merangkumi PRE-SAFE untuk penumpang depan, Active Brake Assist, bantuan parkir, kamera undur, sistem pemantauan tekanan tayar dan kawalan jelajah dengan SPEEDTRONIC.
 

A250


Untuk model A 250 AMG Line pula mendapat tambahan ciri seperti Blind Spot Assist dan juga Exit Warning Assist.

Kelengkapan multimedia pula adalah sama - unit MBUX yang merangkumi skrin paparan berkembar 10.25 inci dengan sokongan fungsi tambahan MBUX, serta sambungan kepada Apple CarPlay dan Android Auto.

Harga jualan bermula dari RM210,902.57* untuk A 200 Progressive Line, hingga RM239,857.88* untuk varian A 250 AMG Line.
 

A 250


Menerusi pelan pembiayaan Step Up Agility oleh Mercedes-Benz Financial, anda boleh mendapatkan A-Class pada harga ansuran bulanan serendah RM1,688 atau RM2,088, tertakluk kepada tempoh pinjaman selama lima tahun dan bayaran muka sebanyak 10 peratus.

 

Berita Berkenaan

Pelancaran
Mercedes-Benz A-Class Limousine baharu sahaja membuat penampilan pertama secara rasmi hari ini…