Mercedes-Benz GLB rasmi dilancarkan - bermula dari RM269 ribu

oleh Mohamad Hanif|
Dengan pengenalan model GLB-Class untuk pasaran Malaysia, ia melengkapi penawaran barisan SUV yang dibawakan oleh Mercedes-Benz Malaysia yang terdiri daripada GLA-Class, GLC-Class, GLE-Class, serta G-Class.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dari segi dimensi, GLB-Class duduk ditengah-tengah antara penawaran GLA-Class dan GLC-Class, dan dibangunkan atas platform yang serupa digunakan pada model A-Class, B-Class, CLA-Class dan juga GLA-Class.

Rupa luaran yang didatangkan pada GLB-Class ini lebih berorientasikan kenderaan off-road, dimulakan dengan bentuk kekotakan menguasai segenap sudut terutama lampu hadapan, gril yang besar, diikuti dengan pemasangan cladding plastik dan rel bumbung.

 


Secara asasnya, Mercedes-Benz GLB merupakan SUV kompak pertama dari Mercedes-Benz dengan penawaran tiga baris tempat duduk, di mana baris ketiga mampu menempatkan orang yang memiliki ketinggian 1.68 meter dengan selesa.

Ruang kargo pula menawarkan keluasan 570 liter dan mampu dipertingkatkan sehingga 1,805 liter, manakala tempat duduk baris kedua pula boleh digerakkan ke hadapan untuk penambahan ruang sehingga 190 liter.

Berikut merupakan spesifikasi ringkas varian GLB yang ditawarkan:

 

Mercedes-Benz GLB 200 Progressive Line


Enjin: 1.33 liter turbo M282
Kuasa: 161 hp @ 5,500 rpm, 250 Nm @ 1,620-4,000 rpm
Transmisi: 7G-DCT
Pecutan: 0-100 km/j dalam 9.1 saat
Kelajuan tertinggi: 207 km/j

 


Kemasan luaran: Pakej Progressive Line, gril hadapan dual-slat, skid plate hadapan, kemasan krom bumper belakang, rim 18 inci five-spoke
Dalaman: Skrin paparan berkembar 10.25 inci, sistem operasi MBUX, modul LTE, sokongan Android Auto dan Apple CarPlay, tempat duduk fungsi memori, sistem kawalan iklim dua zon Thermotronic, corong pendingin hawa baris kedua, stereng kulit, upholsteri Artico

Harga: RM269,118

 

Mercedes-Benz GLB 250 AMG Line


Enjin: 2.0 liter turbo M260
Kuasa: 221 hp @ 5,800 rpm, 350 Nm @ 1,800-4,000 rpm
Transmisi: 8G-DCT
Pacuan: 4MATIC
Pecutan: 0-100 km/j dalam 6.9 saat
Kelajuan tertinggi: 236 km/j
Tambahan: pakej Off-road Engineering, tambahan mod pemanduan pada Dynamic Select, Downhill Speed Regulation

 


Kemasan luaran: Pakej AMG Line, gril hadapan single-slat, skid plate hadapan, kemasan krom bumper belakang, rim 19 inci AMG five-spoke
Dalaman: Skrin paparan berkembar 10.25 inci, sistem operasi MBUX, modul LTE, sokongan Android Auto dan Apple CarPlay, tempat duduk fungsi memori, sistem kawalan iklim dua zon Thermotronic, corong pendingin hawa baris kedua, stereng kulit Nappa, upholsteri Artico/Dinamica, sistem pencahayaan ambien

Sistem keselamatan: kamera undur, Active Parking Assist Parktronic, Pre-Safe, bantuan brek aktif, Keyless-Go, sistem pemantauan tekanan tayar, ciri tailgate Easy-Pack, bantuan titik buta

Harga: RM318,009

Berita Berkenaan

Berita Global
Kedua-dua syarikat global itu akan mengadaptasi strategi digital, menghasilkan pendekatan pasaran…
Berita Global
  Bampar direka dengan bukaan liang udara yang minimum untuk penyejukan dan bahagian bawah badan…
Berita Global
  Kemewahan kereta ini boleh disaksikan di Muzium Mercedes-Benz di Jerman. Apa yang membuatkan…