Mercedes-Benz G-Class "Stronger Than Time" sambut ulang tahun ke-40 G-Wagen

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Tidak sangka, The Godfather of all SUVs Mercedes-Benz G-Class (atau nama mesranya G-Wagen) kini sudah mencecah usia yang ke-40 tahun di persada dunia. 

Bersempena dengan itu, Mercedes-Benz mengambil kesempatan dengan memperkenalkan edisi khas G-Class "Stronger Than Time" khusus buat para peminat tersendiri. 
 


Mercedes-Benz G-Class Stronger Than Time (kenapa namanya panjang sangat) ini didatangkan dengan pakej penggayaan AMG Line terdiri daripada bumper yang lebih sporty, fender flare pada arca roda, rim bersaiz 20 inci, serta sistem ekzos yang lebih agresif. 

Tidak cukup dengan itu, pakej Stainless Steel menawarkan penambahan aksesori running board, sill plate pada pintu dan juga pelindung tayar simpanan yang lebih bergaya, serta Night Packages yang merangkumi unit lampu tinted, tingkap belakang serta elemen luaran yang lebih gelap. 

Terdapat juga lencana serta welcome light "Stronger Than Time" dipasang pada model ini. 
 


Memasuki ruang dalaman pula, balutan kulit Nappa yang dikontraskan dengan jahitan emas menguasai kabin serta penggunaan trim kayu jenis berliang. 

Bagi mereka yang inginkan kelainan, Mercedes-Benz turut menawarkan upholsteri dua tona yang menggayakan warna beige dan kulit yatch blue dengan trim kayu Sen atau macchiato beige dan kulit lounge red dengan trim piano hitam. 

Ciri peralatan standard yang terpasang termasuklah sistem pencahayaan suram, tempat duduk multicontour aktif dan sistem bunyi keliling Burmester. 
 


Nadi kuasa V8 4.0 liter masih lagi ditawarkan untuk model G-Class ini dengan kuasa sekitar 416 hp dan 610 Nm, manakala terdapat versi eksklusif G400 hadir dengan enjin enam silinder sebaris yang menghasilkan 325 hp dan 700 Nm. 

Untuk mereka yang mahukan G-Class yang lebih berkuasa pula boleh menempah Mercedes-AMG G 63 Stronger Than Time dengan enjin 4.0 liter V8, kuasa 577 hp dan daya kilas 850 Nm. 

Kuasa tersebut kemudian dipadankan dengan transmisi automatik sembilan kelajuan dan sistem pacuan semua roda dengan kepantasan pecutan sekitar 4.5 saat dari pegun ke 100 km/j. 
 


Varian AMG tampil dengan sedikit kelainan di mana ia didatangkan dengan rim bersaiz 22 inci, trim luaran gentian karbon, gril krom gelap, layangan krom matte pada pelindung cermin sisi, running board dan strip trim. 

Dalam masa yang sama, Mercedes-AMG G 63 Stronger Than Time ini sebenarnya merupakan tribut kepada model pertama G-Class talaan AMG yang menyambut ulang tahun ke-20, iaitu Mercedes-Benz G 55 AMG.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Model G-Class edisi terhad ini menggunakan asas daripada varian G 550 dengan nadi V8 turbo…
Berita Global
Selain daripada kenderaan komersial, Force Motors turut mengeluarkan kenderaan di dalam segmen…
Berita Global
Kali ini, Brabus memperlihatkan model baharu P 900 Rocket Edition dengan angka produksi terhad…