Mercedes-Benz G-Class Stronger Than Diamonds Editon tampil dengan 4 berlian asli

oleh Mohamad Hanif|
300 orang pemilik bertuah di seluruh dunia berpeluang untuk memiliki sebuah G-Class dengan nama yang cukup panjang, iaitu G-Class Stronger Than Diamonds Edition bersempena sambutan Hari Valentine.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Model G-Class edisi terhad ini menggunakan asas daripada varian G 550 dengan nadi V8 turbo berkembar yang mampu menghasilkan 416 hp dan 610 Nm.

Dengan bantuan transmisi automatik sembilan kelajuan dan sistem pacuan semua roda, G-Class edisi berlian ini mampu memecut sepantas 5.6 saat dari 0-96 km/j.
 

G-wagen


Eksklusif untuk G-Class edisi terhad ini ialah warna luaran merah jambu Manufaktur Rosewood Gray Magno, serta panel bumbung dan rim berwarna hitam.

Logo berlian juga boleh didapati pada setiap pemegang pintu di bahagian luar.

Seperti nama yang tertera, G-Class Stronger Than Diamonds ini membawakan empat unit berlian 0.25 karat pada bahagian pin kunci pintu keluli tahan karat.
 

g-wagen


Setiap pembelian akan disertakan dengan sijil rasmi daripada Responsible Jewelry Council (RJC) untuk membuktikan berlian yang digunakan itu diperoleh daripada sumber yang bertanggungjawab secara beretika.

Terdapat juga plet ambang pintu bercahaya serta emblem "Stronger Than Diamonds" yang boleh didapati pada fob kunci.
 

g-wagen


Untuk mengelakkan perhatian daripada golongan pencuri, tiada sebarang berlian asli diletakkan di bahagian luar kereta.

Harga untuk G-Class edisi terhad ini bermula dari $201,100 (RM961,560), atau $56,950 (RM272,306) lebih mahal berbanding sebuah G 550 standard.

Berita Berkenaan

Berita Global
Terbaharu, syarikat induk Mercedes itu pula sedang merancang untuk menubuhkan kumpulan perniagaan…
Model Terbaharu
Tidak sangka, The Godfather of all SUVs Mercedes-Benz G-Class (atau nama mesranya G-Wagen) kini…
Berita Global
Nampaknya demam terhadap SUV off-road cilik Suzuki Jimny masih belum kebah dan percaya atau tidak,…