Mercedes-Benz E-Class 2021 facelift rasmi dilancarkan - dua varian CKD, bermula dari RM326,943

oleh Mohamad Hanif|
Sedan eksekutif Mercedes-Benz E-Class versi facelift telah pun dilancarkan di peringkat global pada tahun lalu, dan kini model tersebut didapati sudah pun mendarat di pasaran Malaysia.

Untuk pasaran Malaysia, Mercedes-Benz Malaysia menawarkan dua varian E-Class versi pemasangan tempatan CKD, iaitu E 200 Avantgarde berharga RM326,943.19 dan E 300 AMG Line berharga RM375,432.19, kedua-dua merupakan harga atas jalan termasuk pengecualian SST tanpa insurans.

Dari segi penawaran, Mercedes-Benz E-Class hadir dengan enjin 2.0 liter dengan dua talaan yang berbeza, digandingkan dengan transmisi 9G-TRONIC, sistem suspensi AGILITY CONTROL serta DYNAMIC SELECT.

Untuk kedua-dua versi, Mercedes-Benz mendatangkan sistem infotainmen dengan sistem operasi MBUX terkini yang menyokong sambungan kepada Apple CarPlay, Android Auto, sistem panggilan kecemasan, serta modul komunikasi LTE untuk perkhidmatan sambungan Mercedes me connect.

Berikut merupakan spesifikasi ringkas kedua-dua varian E-Class facelift:

 


Mercedes-Benz E 200 Avantgarde


Kuasa: 197 hp, 320 Nm
Luaran: Pakej Avantgarde, lampu utama LED dengan bantuan suluhan tinggi adaptif, rim aloi jejari berkembar 18 inci.
Dalaman: Kemasan Avantgarde, trim aluminium, kemasan kayu pada konsol tengah, roda stereng sports balutan kulit Nappa, sistem pencahayaan ambien, kawalan iklim automatik THERMATIC, tempat duduk larasan elektrik dengan fungsi memori dan sokongan tulang belakang, pelindung suria pada cermin belakang
Keselamatan: Sistem PRE-SAFE, Bantuan Parkir Aktif PARKTRONIC, Pemantauan Titik Buta, Bantuan Brek, Sistem Pemantauan Tekanan Tayar

 

 

 

Mercedes-Benz E 300 AMG Line



Kuasa: 258 hp, 370 Nm
Luaran: Pakej AMG Line, LED MULTIBEAM dengan Adaptive Highbeam Assist Plus, rim aloi AMG 5 jejari berkembar bersaiz 19 inci
Dalaman: Kemasan AMG Line, bumbung suria panorama, upholsteri kulit/ARTICO, trim kayu pada konsol tengah, kawalan iklim automatik, roda stereng sports balutan kulit Nappa, pelindung suria pada cermin belakang
Keselamatan: kamera keliling 360 darjah, Bantuan parkir aktif PARKTRONIC, bantuan jarak aktif DISTRONIC, bantuan brek aktif, bantuan kekal laluan aktif, bantuan pemantauan titik buta, PRE-SAFE, sistem pemantauan tekanan tayar


 


Mercedes-Benz turut menawarkan pelan pembiayaan Step Up Agility Financing Plan di mana E-Class facelift ini boleh didapati pada harga bulanan serendah RM2,388 untuk tempoh terhad.


Baca: Mercedes-Benz E-Class 2021

Galeri Mercedes-Benz E-Class 2021 (facelift) peringkat global.

Berita Berkenaan

Informasi
Sejak diperkenalkan dalam tahun 1946, sebanyak 14 juta unit E-Class terjual di seluruh dunia,…
Berita Global
Menurut laporan daripada Road and Track, boss AMG Philipp Scheimer menjelaskan pihak Mercedes tidak…
Berita Global
Versi yang dipamerkan ini hampir menyamai model produksi sebenar, di mana ia merupakan sebuah EV…