Sedan E-Class terima kemaskini - rupa baharu, lebih canggih

oleh Mohamad Hanif|
Generasi kelima sedan Mercedes-Benz E-Class sudah pun menjengah pasaran dunia semenjak tahun 2017, dan tidaklah pelik sekiranya ia telah pun didatangkan dengan kemaskini facelift bagi menjadikan E-Class ini lebih malar segar dan tak lapuk dimakan usia.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Mercedes-Benz E-Class 2021 sepatutnya dilancarkan secara rasmi pada acara Geneva Motor Show 2020, sebelum ia dibatalkan atas sebab risiko jangkitan coronavirus. 
 


Selain daripada rupa luaran yang serba baharu, sedan eksekutif ini turut menerima beberapa teknologi terkini dan penambahan ciri keselamatan dan trim yang unik. 

Antara perubahan ketara yang dibawakan pada E-Class adalah penampilan lampu utama LED yang lebih tirus dan standard untuk kesemua varian, serta rekaan gril serba baharu termasuklah untuk model E 53 AMG yang lebih prominen berbanding model terdahulu. 
 


Perubahan ini turut diteruskan di bahagian belakang dengan rekaan lampu yang menyerupai model-model aras mula A-Class dan sedan CLA-Class. 

Seperti model Mercedes-Benz yang lain, E-Class 2021 juga turut menampilkan sistem infotainmen MBUX serba baharu yang merangkumi skrin sentuh 12.3 inci dan paparan digital 12.3 inci di hadapan pemandu. 
 


Pilihan enjin pula adalah seperti berikut: 

Model asas E350 didatangkan dengan enjin empat silinder turbo yang menghasilkan 255 kuasa kuda dan 370 Nm yang memacu roda belakang atau sistem pacuan semua roda 4Matic. 

Model E450 pula menghukum buang daerah enjin V6 lama dan menggantikannya dengan enjin enam silinder sebaris 3.0 liter turbo dengan sistem EQ yang menjana 362 kuasa kuda dan 500 Nm. 

Model Mercedes-AMG E 53 pula mengekalkan enjin yang sama pada model E450, namun dengan talaan yang lebih serius (429 kuasa kuda dan 520 Nm. 
 


Untuk pertama kalinya, Mercedes-Benz E-Class menerima opsyen model plug-in hybrid dengan nama E350e dan dikuasakan oleh enjin 2.0 liter dan motor elektrik 90 kWh. 

Output kuasa pula apabila digabungkan kedua-dua sistem mampu menghampiri angka 315 kuasa kuda dan 700 Nm, manakala dalam kuasa elektrik semata-mata, ia mampu menjana 121 kuasa kuda dan 440 Nm!
 


Tidak dilupakan, ciri keselamatan terkini yang dilengkapkan seperti stereng dengan pengesan ketidakhadiran tangan pemandu, kawalan pelayaran adaptif, bantuan stereng aktif, brek kecemasan automatik, sistem pemantauan titik buta dan kamera keliling 360 darjah. 

Setakat ini tiada sebarang pengumuman harga dibuat oleh Mercedes-Benz. 

 

Mercedes-AMG E 53

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Bagi mereka yang arif, penggunaan nama All-Terrain ini membawa maksud penawaran crossover wagon…
Berita Global
Kempen ini merangkumi E 400 4MATIC, E 450 4MATIC dan Mercedes-AMG E 63 S dimana kesemua model yang…
Pelancaran
Mercedes-Benz Malaysia baharu sahaja melancarkan tiga varian baharu ke dalam barisan penawaran…