Mercedes-AMG Petronas pecat empat staff hina rakan Muslim

oleh Mohamad Hanif|
Pasukan Formula Satu (F1) Mercedes-AMG Petronas yang ditunjangi juara dunia lima kali dari Britain, Lewis Hamilton dilapor telah memecat empat orang pekerja di Jabatan Teknologi Maklumat (IT) selepas mereka didapati memanggil rakan setugas beragama Islam sebagai pengganas.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Serangan berbaur perkauman dan Islamofobia itu dilaporkan berlaku di ruang merokok di pangkalan utama pasukan itu di Brackley, Northamptonshire.

Siasatan mendapati mereka turut membuat pertaruhan bagi meneka sejauh mana rakan setugas Muslim mampu menahan lapar dan dahaga sepanjang Ramadan.

Kesemua pekerja terbabit dipecat bulan lalu manakala tiga lagi diberi amaran kerana melanggar peraturan kepelbagaian syarikat.

"Mereka telah menyasarkan seorang lelaki Muslim selama bertahun-tahun. Ia amat melampau, lebih-lebih lagi Lewis sendiri amat lantang dalam isu perkauman.

"Apa pun, kami mengutuk keras perbuatan sebegini dan tindakan tegas telah diambil serta-merta," menurut kenyataan rasmi pasukan.

Sumber: Sinar Harian

Berita Berkenaan

Berita Global
Pada zamannya, F40 merupakan model paling berkuasa yang dihasilkan oleh Ferrari, ia dikuasakan…
Berita Domestik
PETRONAS Lubricants International dengan kerjasama Despark International College telah merangka…
Sukan Bermotor
Ini juga bermakna, Lewis Hamilton merupakan pemandu F1 pertama dalam sejarah yang berjaya meraih…