Lewis Hamilton raih kemenangan yang ke-100 di GP Russia

oleh Mohamad Hanif|
Pelumba pasukan Mercedes-AMG Petronas F1, Lewis Hamilton berjaya memenangi perlumbaan Grand Prix Russia, dan sekaligus meraih kejuaraan yang ke-100 di dalam karier F1-nya.

Ini juga bermakna, Lewis Hamilton merupakan pemandu F1 pertama dalam sejarah yang berjaya meraih kemenangan yang ke-100.

Kemenangan istimewa tersebut berjaya diraih dalam perlumbaan yang berlangsung diiringi hujan lebat di Litar Sochi, Russia.

Kemenangan ini juga sekaligus menyaksikan Hamilton kini menduduki tangga pertama sebagai pendahulu kejuaraan daripada pencabarnya Max Verstappen yang menamatkan perlumbaan di tempat kedua.

Sementara itu, rakan sepasukannya Valtteri Bottas berjaya menamatkan perlumbaan di tangga kelima dan kini menduduki tangga ketiga dengan pungutan mata sebanyak 151.

Berita Berkenaan

Berita Global
Bercakap kepada Financial Times, Stroll menjelaskan, "Ada satu ungkapan, dan saya tidak percaya…
Sukan Bermotor
Jelasnya, hasrat untuk menganjurkan semula sukan tersebut masih lagi dalam penelitian, apatah lagi…
Model Terbaharu
Kini, unit pertama untuk pasaran Malaysia sudah pun mendarat dan boleh dilihat dengan lebih dekat…