Mercedes-AMG Petronas dedah jentera baharu W10

oleh Mohamad Hanif|

Pasukan Mercedes-AMG Petronas F1 telah mendedahkan imej baharu jentera W10 dalam usaha untuk meneruskan dominasi mereka di dalam Formula 1. 

Tujuan Mercedes hanyalah satu, untuk menjadi pasukan pertama di dalam sejarah F1 untuk merampas gelaran juara berganda dalam kategori pemandu dan pasukan pengendali untuk kali keenam berturut-turut.

Jentera baharu Silver Arrow yang bakal dikendalikan oleh pelumba Valtteri Bottas dan Lewis Hamilton ini memulakan pemanduan sulungnya bertempat di Litar Silverstone.

Mercedes memulakan pembangunan terhadap jentera baharu W10 ini pada penghujung tahun 2017 dan fokus mereka adalah untuk menyingkirkan masalah yang wujud pada jentera W09 tanpa mengenepikan kekuatan asalnya.
 


Menurut ketua teknikal James Allison, "pengendalian W09 merupakan satu penambahbaikan terhadap apa yang terjadi pada jentera sebelum ini (W08), namun pihak kami masih tidak sebaik pesaing dalam mengekalkan prestasi tayar belakang.

"Jadi, apa yang kami lakukan adalah menambah baik aspek suspensi dan karakteristik aerodinamik (pada W10) supaya ia mampu memberikan keseimbangan yang lebih baik," tambah beliau. 

Walaupun dengan pelbagai pembaharuan diberikan, secara dimensinya jentera baharu W10 ini masih mengekalkan jarak antara roda yang sama seperti W09. 

 

Add new comment

Careta Ad

Berita Berkenaan

Berita Global
Serangan berbaur perkauman dan Islamofobia itu dilaporkan berlaku di ruang merokok di pangkalan…
Berita Domestik
  Pada tahun 2018, sebanyak 7,000 surat permohonan telah diterima dan Stephanie Travers telah…
Berita Global
Tahukah anda, benda yang paling kompleks ada pada sebuah kereta F1 sebenarnya adalah roda stereng…