Mercedes-AMG GT Track Series - jentera 724 hp kegunaan litar, 55 unit sahaja

oleh Mohamad Hanif|
Sebagai sebahagian daripada sambutan ulang tahun ke-55 AMG, Mercedes bukan sahaja membawakan sesuatu yang unik untuk atas jalan raya, malah mereka juga membawakan penawaran yang serupa untuk litar lumba.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Selepas pengenalan G 63 AMG Edition 55 tempoh hari, kini Mercedes-AMG membawakan model GT Track Series yang merupakan versi terhad kepada model Black Series, khusus untuk kegunaan litar.

Dihasilkan sebanyak 55 unit sahaja, Mercedes-AMG GT Track Series ini didatangkan dalam warna Manufaktur Hightech Silver Magno dengan kemasan berkilat separa, diikuti trim merah dan anthracite.
 

AMG GT


Bahagian luar jentera ini menampilkan komponen gentian karbon seperti hud enjin, fender, ambang pintu, pintu belakang, serta bampar belakang.

Sementara ruang kabin pula tidak lagi menampilkan elemen kemewahan seperti model Black Series, sebaliknya membawakan tempat duduk perlumbaan diikuti dengan konsol tengah gentian karbon.

Disebabkan penggunaan bahan ringan, AMG GT Track Series kini seberat 1,400 kg berbanding 1,588 kg pada jentera jalanan.
 

AMG GT


Dari segi kuasa, AMG GT Track Series didatangkan dengan nadi 4.0 liter V8 turbo berkembar, dibantu dengan sistem pancitan bahan api yang berbeza yang mampu meningkatkan kuasa kepada 724 hp dan 850 Nm, berbanding model Black Series dengan 720 hp/800 Nm.

Kuasa itu tadi disalurkan kepada roda menerusi transmisi sekuential Hewland HLS enam nisbah kelajuan.

Untuk kegunaan dalam litar, sistem gantungan didatangkan dengan unit peredam Bilstein boleh laras empat cara dengan pelarasan untuk mampatan dan lantunan, serta ketinggian jentera.
 

AMG GT


Cara pengendalian jentera atas litar juga boleh diubah menerusi tombol khas yang mampu mengubah kawalan cengkaman dan brek anti-kunci spesifikasi perlumbaan. Terdapat sehingga 12 tahap pelarasan yang ditawarkan untuk jentera ini.  

Di depan pemandu, terdapat roda stereng khas untuk kegunaan perlumbaan serta panel instrumen Bosch DDU 11 yang boleh diprogramkan sepenuhnya.
 

AMG GT


Aspek aerodinamik menampilkan liang udara besar pada hud enjin, splitter eksklusif, liang pada fender bertujuan untuk meningkatkan daya turun pada gandar depan, diikuti dengan sayap belakang dwi-elemen dengan bahagian atas boleh laras.

Tidak ketinggalan, sistem keselamatan Track Series yang mampu memenuhi piawaian terkini FIA, seperti sangkar keselamatan keluli yang dipasang secara terus kepada kerangka aluminium jentera, diikuti sistem tali pinggang keledar lima poin, bukaan kecemasan pada bahagian bumbung dan sistem pemadam kebakaran.

Seperti yang dijelaskan, hanya 55 unit sahaja AMG GT Track Series yang akan dihasilkan dengan harga jualan bermula dari €369,000 (RM1,712,632).

Terdapat opsyen untuk menambah sebuah lagi tempat duduk, sistem ventilasi helmet, sistem saluran minuman dan juga sel keselamatan untuk penumpang.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Kerjasama antara Mercedes-AMG dan Hartan kini membuahkan sebuah lagi produk stroller edisi terhad,…
Model Terbaharu
Mercedes-AMG GT 63 E Performance menggunakan jantung 4.0 liter bentangan V8 turbo berkembar yang…
Berita Global
Ini kerana mereka telah berjaya meningkatkan prestasi Mercedes-AMG Black Series yang asalnya…