Mercedes-AMG GT Black Series talaan Opus ini lagi power dari AMG One!

oleh Mohamad Hanif|
Tatkala 275 orang pemilik sedang tidak sabar menunggu kehadiran hypercar Mercedes-AMG One dalam garaj masing-masing, salah sebuah syarikat talaan Opus telah hadir dengan modifikasi yang mampu menjadikan AMG One sebagai bahan gelak jenaka.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Ini kerana mereka telah berjaya meningkatkan prestasi Mercedes-AMG Black Series yang asalnya berkuasa 720 hp daripada enjin bentangan V8 4.0 liter turbo berkembar itu kepada 1,111 kuasa kuda!

Untuk menjadikan keadaan lebih menarik, kereta berkuasa lebih 1 ribu hp itu masih lagi mengekalkan konfigurasi pacuan roda belakang.

 


Angka tersebut terlalu menakutkan?

Anda juga boleh mendapatkan program naiktaraf aras mula yang menawarkan pemetaan semula perisian supaya mampu menghamburkan kuasa sehingga 825 hp.

Sementara pilihan naiktaraf kuasa kepada 920 hp dan 1,001 hp (serta 1,111 hp) itu melibatkan modifikasi seperti unit pengecas turbo, piston tempa, rod penyambung, dan sistem bahan api kustom, sementara transmisi automatik klac berkembar juga turut dipertingkatkan bagi menampung penambahan kuasa itu tadi.

 


Sistem perpaipan ekzos bespoke digunakan bagi penyalurkan sisa-sisa pembakaran ke atmosfera, di mana ia dilengkapi dengan sistem kawalan flap elektronik untuk mengubah runut bunyi yang dihasilkan oleh enjin V8 itu tadi.

Disebabkan sistem penapisan zarah telah dibuang, ini bermakna ia tidak lagi halal digunakan di atas jalan raya Eropah, akan tetapi untuk kegunaan di dalam litar lumba, tiada sebarang masalah.

 

 


1,111 hp dan sistem pacuan roda belakang mungkin agak keterlaluan, terutama bagi mereka yang tidak biasa mengendalikan jentera berkuasa besar.

Disebabkan itu, Opus meletakkan kawalan daya kilas secara elektronik untuk kadar cengkaman yang optimum dan tahap ketahanan trenkuasa yang lebih lama.

 


Pakej naiktaraf kuasa kepada 825 hp dan 920 hp akan mula ditawarkan pada pertengahan April ini, sementara pakej 1,001 hp dan 1,111 hp pula akan mula dijual menjelang pertengahan tahun ini.