Hartan hasilkan stroller bayi edisi AMG GT 4-door, 299 unit, untuk pasaran Eropah sahaja

oleh Mohamad Hanif|
Sebelum ini Careta pernah menyiarkan beberapa artikel berkenaan unit stroller bayi bertemakan kereta yang boleh dibeli oleh golongan bapa yang petrolhead, dihasilkan oleh Hartan dan Mercedes-AMG.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Kerjasama antara Mercedes-AMG dan Hartan kini membuahkan sebuah lagi produk stroller edisi terhad, kali ini menggunakan tema model Mercedes-AMG GT empat pintu coupe.

Stroller edisi terhad ini didatangkan dengan skema warna merah dan hitam pada bahagian kanopi, diikuti dengan balutan kulit hitam berjahitan merah pada bahagian pemegang.
 

AMG GTY


Untuk keselesaan bayi, stroller ini didatangkan dengan tempat duduk balutan mikrofiber Dinamica yang sama digunakan di dalam kereta-kereta Mercedes, serta harness lima poin yang dilengkapi dengan kekunci magnet.

Kemasan kecil turut dimuatkan pada bahagian roda di mana ia menampilkan rekaan yang hampir sama dengan model AMG GT yang sebenar, diikuti dengan lencana AMG pada bahagian sisi walaupun ia sebenarnya tidak menampilkan enjin AMG.

 

AMG GT

 

Khusus untuk pasaran Eropah, stroller ini hanya akan dihasilkan sebanyak 299 unit sahaja.

Harga jualan stroller AMG GT ini walau bagaimanapun tidak didedahkan, namun sebagai perbandingan, versi bukan AMG dijual pada harga bermula dari €1,100 (RM5,175).

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut pengeluar tersebut, penghasilan stroller tersebut dibuat dengan berhati-hati mengikut…