Menteri Pengangkutan: Perjanjian RTS di antara Malaysia, Singapura bakal direalisasikan

oleh SALINA JALIL|
Malaysia dan Singapura komited memuktamadkan perjanjian membabitkan projek Sistem Transit Rapid (RTS) menjelang April ini, kata Menteri Pengangkutan, Anthony Loke.

Loke memaklumkan perkembangan itu menerusi catatan terbaharu di laman rasmi Facebook beliau pada hari Jumaat lalu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Beliau berada di republik itu bagi menemui rakan sejawatannya, Khaw Boon Wan.

 

“Saya mengunjungi Menteri Pengangkutan Singapura, Khaw Boon Wan, dan membincangkan perkembangan projek RTS yang menghubungkan Johor Bahru dan Woodlands.

 

“Perbincangan itu berhasil dan kami komited untuk memuktamadkan perjanjian itu menjelang April tahun ini,” katanya.

 

Pada 5 November lalu, Loke berkata, Malaysia memerlukan lanjutan enam bulan bagi meneliti semula aspek pelaksanaan dan beberapa perjanjian berkaitan projek RTS itu, susulan keputusan Malaysia meneruskan usaha terbabit.

 

Pada 31 Oktober tahun lalu, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, mengumumkan keputusan meneruskan laluan RTS itu dengan kos terbaharu RM3.16 bilion, penjimatan 36 peratus atau RM1.77 bilion berbanding kos asal RM4.93 bilion.

 

Sementara itu, Khaw menerusi catatan di Facebook beliau berkata: “Gembira dapat saling bertukar limau Mandarin dengan Menteri Pengangkutan Malaysia Anthony Loke! Kami saling mengucapkan Selamat Tahun Baharu dan mengharapkan kemajuan seterusnya dalam kerjasama pengangkutan dua hala.

 

“Banyak yang boleh diusahakan bersama demi rakyat masing-masing.”

 

Kedua-dua menteri turut berkongsi paparan foto pertemuan mereka di media sosial berkenaan.

 

 

 Sumber: Berita Harian

 

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pada peringkat awal pembinaan projek tersebut, Syarikat Pembinaan Laluan Lintas China di Malaysia…
Informasi
Beliau berkata berdasarkan kemajuan pembinaan setakat 30 Jun lepas, projek pengangkutan awam…
Informasi
  "Pembinaan RTS kini mengikut jadual walaupun berdepan dua kali pertukaran kerajaan dan pandemik…