Pembinaan RTS Link Johor Bahru-Singapura capai 36 peratus

oleh Penyumbang Rencana|
Kerja-kerja pembinaan projek Sistem Transit Rapid (RTS) Link Johor Bahru-Singapura berjalan lancar dengan tahap kemajuan kerja mencapai 36 peratus setakat akhir bulan lalu.


Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, bagi pembinaan rel laluan RTS pula sudah mencapai tahap kemajuan kerja 30 peratus.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

"Pembinaan RTS kini mengikut jadual walaupun berdepan dua kali pertukaran kerajaan dan pandemik Covid-19.

"Saya memantau setiap pencapaian projek selain berkomunikasi dengan rakan sejawat dari Singapura. Kami fokus dan berazam untuk memastikan projek siap seperti dijadualkan," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas lawatan kerja ke tapak projek RTS Link bersama Menteri Pengangkutan Singapura, S Iswaran di Stulang Laut, pada Khamis.

RTS Link merupakan sistem transit aliran ringan pertama dibina di Johor Bahru yang mana Johor merupakan pintu masuk utama di selatan negara.

RTS Link sepanjang empat kilometer yang menghubungkan Bukit Chagar, Johor Bahru dan Woodlands, Singapura itu dapat menampung menyokong kapasiti puncak sebanyak 10,000 penumpang setiap sejam di setiap hala.

Projek tersebut dijangka siap sepenuhnya pada Disember 2026 dan akan mula beroperasi 1 Januari 2027.

 

Sinar Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pada peringkat awal pembinaan projek tersebut, Syarikat Pembinaan Laluan Lintas China di Malaysia…
Informasi
Beliau berkata berdasarkan kemajuan pembinaan setakat 30 Jun lepas, projek pengangkutan awam…
Berita Domestik
Perkara tersebut dimaklumkan oleh Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menerusi laman rasmi…