Sistem Transit Pantas (RTS) Johor Bahru-Singapura capai 41 peratus

oleh Penyumbang Rencana|
gambar dari Mothership SG
Projek pembinaan Sistem Transit Pantas (RTS) Johor Bahru-Singapura mencapai 41 peratus siap dan berjalan mengikut jadual ditetapkan, menurut Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur negeri Mohamad Fazli Mohamad Salleh.

MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Beliau berkata berdasarkan kemajuan pembinaan setakat 30 Jun lepas, projek pengangkutan awam berimpak tinggi berkenaan diyakini dapat disiapkan sepenuhnya menjelang 2026.

"Projek pembinaan terbahagi kepada tiga pakej iaitu depot, stesen dan jejambat marin... ada antaranya (kemajuan projek) yang sudah ke hadapan dan ada sebaliknya.

"Secara keseluruhan, ia masih mengikut jadual," katanya pada sidang media selepas meninjau keadaan trafik di Lebuhraya Penyuraian Timur (EDL) di Johor Bahru pada Ahad. 

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai perkembangan projek berkenaan.

RTS Link adalah rangkaian rel sepanjang empat kilometer yang menghubungkan Bukit Chagar, Stesen Johor Bahru dan Woodlands di Singapura.

Rangkaian itu mempunyai kapasiti penumpang sebanyak 10,000 orang sejam sekali gus membantu meringankan kesesakan trafik.

Projek RTS Link itu juga dijangka mampu menarik 35 peratus daripada 350,000 orang yang bergerak melalui Tambak Johor setiap hari.

Bernama

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Ketua Pegawai Eksekutif Mass Rapid Transit Corporation Sdn. Bhd. (MRT Corp), Datuk Mohd. Zarif…
Informasi
  "Berdasarkan kepada perjanjian Singapura-Malaysia, nisbah (kos) ialah 61:39, lebih kurang…
Berita Domestik
  Beliau berada di republik itu bagi menemui rakan sejawatannya, Khaw Boon Wan.   “Saya…