Menangi Samsung Galaxy S10, TV 50 inci dan Nintendo Switch menerusi peraduan Syioknya Raya BHPetrol!

oleh Mohamad Hanif|
Modenas

Bersempena dengan bulan Ramadan dan perayaan Aidilfitri yang bakal menjelang, Boustead Petroleum Marketing Sdn Bhd (BHPetrol) menawarkan pelbagai ganjaran menarik kepada para pelanggannya. 

Peraduan 'Syioknya Raya' yang bermula dari 1 Mei sehingga 30 Jun 2019 ini boleh disertai dengan pembelian barangan terpilih daripada BHPetromart dari 280 buah stesen minyak BHPetrol yang mengambil bahagian. 

Antara ganjaran yang ditawarkan termasuklah peranti pintar Samsung Galaxy S10 (2 unit) sebagai hadiah utama, TV UHD 50 inci (4 unit) untuk pemenang tempat kedua, serta Nintendo Switch (8 unit) untuk tempat ketiga. 

Manakala hadiah saguhati pula berupa baucer petrol BHPetrol bernilai RM300 untuk tiga puluh pemenang bertuah. 

Sebanyak 21 produk terpilih ditawarkan pada harga promosi sepanjang tempoh dua bulan itu, dan apa yang perlu dilakukan hanyalah mengambil gambar resit pembelian beserta nama dan nombor MyKad. 

Gambar tersebut kemudian hendaklah dihantar ke nombor 018-2989 600 menerusi aplikasi WhatsApp. 

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.bhpetrol.com.my

Add new comment

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Difahamkan Boustead sudah pun melakukan perbincangan dengan beberapa pihak dan menurut sumber yang…
Berita Domestik
Boustead Petroleum Marketing Sdn Bhd (BHPetrol) ingin memberikan kepada anda wang tunai berjumlah…
Berita Domestik
BHPetrol telah membuka sebuah lagi stesen minyak baharu bertempat di Sepang Lukut semalam.  Acara…