BHPetrol, Maxis kerjasama tingkat pengalaman runcit digital

oleh Mohamad Hanif|
Boustead Petroleum Marketing Sdn Bhd (BHPetrol) bekerjasama dengan Maxis untuk meningkatkan lagi pengalaman runcit digital di kesemua stesen minyak mereka.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menerusi kerjasama ini, Maxis sebagai penyedia rangkaian akan menyediakan SD-WAN (Software-Defined Wire Area Network) bagi menyokong terminal pembayaran pam pinyak dan sistem kaunter bayaran BHPetrol di Semenanjung Malaysia.

Sehingga kini, SD-WAN Maxis telah dilaksanakan di lebih daripada 240 buah lokasi, dengan pelaksanaan di stesen-stesen lain dijangka selesai menjelang akhir tahun.
 

bh


Untuk makluman, SD-WAN merupakan teknologi rangkaian yang menawarkan penyelesaian kesalinghubungan yang fleksibel, berpatutan, dan boleh dinaik taraf, selain menggabungkan langkah keselamatan sedia ada untuk memastikan perlindungan komunikasi secara menyeluruh.

Kedua-dua syarikat juga sedang meneroka peluang masa depan untuk melaksanakan teknologi runcit pintar, termasuklah analitik tingkah laku membeli-belah, pembayaran dekat, dompet mudah alih, dan penyelesaian pengesahan biometrik.

Sejajar dengan kerjasama ini, BHPetrol dan Maxis menawarkan rebat tunai eksklusif kepada pengguna Maxis dan Hotlink yang boleh dimuat turun menerusi aplikasi mudah alih Maxis/Hotlink dan menebusnya di stesen BHPetrol, sah sehingga 30 Jun 2023.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurut teraju utama dan juga CEO Proton, Dr Li Chunrong, kerjasama dengan Maxis akan memberikan…