Program ini telah dirasmikan dengan ucapan oleh Ketua Pegawai Eksekutif BHpetrol, Ir Azizul Azily Ahmad bersama wakil daripada BKJR Putrajaya dan JPJ.
Seramai 150 orang telah menghadiri program ini yang terdiri daripada pihak pengurusan BHPetrol, pengusaha stesen BHPetrol di kawasan Lembah Klang, media, komuniti setempat dan pelanggan BHPetrol.
Selain menjadi acara tahunan BHPetrol, tujuan program ini diadakan adalah untuk meraikan sambutan perayaan Tahun Baru Cina bersama para pengunjung BHPetrol.
Program ini turut dimeriahkan lagi dengan Tarian Singa yang menjadi penyambut kepada tetamu serta peraduan teka jumlah buah limau dalam bakul untuk memeriahkan lagi program.
Pengunjung turut berpeluang mendapatkan tips keselamatan jalan raya serta pemeriksaan kenderaan yang dijalankan dengan kerjasama oleh pihak BKJR.
Selain itu, pengunjung ke stesen minyak BHPetrol Jalan Kebun itu turut mendapat buah tangan dan ang pao dari BHPetrol serta topi keledar baharu daripada JPJ untuk penunggang motosikal yang berkunjung.