Menangi 'Percutian Impian Bersama Shell' dengan RM40 sahaja

oleh SALINA JALIL|
Shell Malaysia telah mengumumkan pemenang pertama untuk pertandingan terbaharu mereka, 'Menang Percutian Impian Bersama Shell' sebentar tadi.

Pertandingan ini telah bermula sejak 17 Disember 2018 dan akan berakhir pada 31 Mac 2019, di mana ganjaran akan diberikan pada setiap minggu kepada seorang pemenang serta seorang teman dengan pilihan pakej percutian samada ke Itali, New Zealand atau Korea Selatan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Pengarah Urusan Shell Malaysia Trading Sdn Bhd dan Shell Timur Sdn Bhd, Shairan Huzani Husain berkata,'Di Shell, kami amat mementingkan pelanggan kami dan matlamat kami adalah untuk mempermudahkan urusan perjalanan untuk semua. Kami dimaklumkan bahawa rakyat Malaysia amat berminat untuk menimba pengalaman baru melalui pergembaraan dan dari itu, kami mengadakan pertandingan Menang Percutian Impian Bersama Shell sebagai salah satu cara kami untuk menjadikan perjalanan setiap hari dijadikan pengalaman baharu dan diberikan ganjaran supaya pelanggan kami dapat menikmati tahun baru ini.
 

 

Anda hanya perlu berbelanja sekurang-kurangnya RM40 di stesen runcit Shell atau mengisi minyak atau membeli minyak pelincir di stesen Shell di seluruh negara untuk layak menyertai pertandingan Percutian Impian Bersama Shell ini. Tetapi pembelian tambah nilai Touch & Go atau tambah nilai jalur lebar atau rokok dan tembakau tidak layak untuk menyertai pertandingan ini.

 

Untuk menyertai pertandingan ini amat mudah, anda hanya perlu mengikut tiga langkah ini:

 

1. Berbelanja sebanyak RM40 di Shell samada mengisi bahan api atau barangan runcit atau membeli minyak pelincir (tidak termasuk tambah nilai Touch&Go atau jalur lebar/E-Pay atau rokok dan tembakau)

 

2. Isi borang penyertaan dan pilih satu destinasi percutian idaman anda samada negara Itali, New Zealand atau Korea Selatan.

 

3. Serahkan borang penyertaan anda beserta resit yang sah dan layak kepada pihak stesen Shell.
 

 

 

Shairan Huzaini juga berkata, "selain pertandingan ini, Shell juga menawarkan pelbagai ganjaran lain untuk meraikan pelanggan Shell dan dengan itu para pelanggan akan kerap kembali ke Shell. Tambahan pula dengan pertandingan ini, kami dapat merealisasikan impian mereka untuk bercuti ke destinasi pilihan mereka. Matlamat kami adalah Shell menjadi satu destinasi hentian yang lengkap dengan pelbagai servis dan barangan runcit dan secara tidak langsung kami membantu pelanggan kami dan mereka gemar untuk berhenti di stesen kami". 

 

Sempena majlis pelancaran pertandingan Menang Percutian Impian Bersama Shell, pemenang pertama pertandingan ini telah diumumkan iaitu Wan Muhammad Fathi Wan Nik Kamal, berusia 35 tahun dari Kedah. Wan Muhammad telah memilih negara New Zealand sebagai destinasi percutian pilihan dan telah menghantar borang penyertaan sebanyak tujuh kali sebelum diumumkan sebagai pemenang pertama.  

 

Wan Muhammad berkata, "saya telah lama bercita-cita untuk ke New Zealand memandangkan adik saya pernah ke sana. Ini merupakan perjalanan saya yang pertama ke luar negara dan sememangnya saya tidak menyangka akan memenangi pertandingan ini. Saya amat berterima kasih kepada Shell dan sememangnya ini merupakan permulaan tahun baru yang amat baik. Saya setia menggunakan bahan api dari Shell sejak bertahun lagi dan dengan kemenangan ini sememangnya ia memaniskan perjalanan hidup saya bersama Shell".
 

 

Sepanjang tempoh pertandingan ini, pihak Shell akan mengadakan siri jelajah di seluruh negara yang mempunyai permainan interaktif. Pelanggan yang memilih Itali boleh mencuba simulasi perlumbaan F1, manakala mereka yang memilih New Zealand boleh mencuba nyanyian Haka dan bagi peminat Korea Selatan, mereka boleh mencuba tarian dari muzik pop Korea yang popular.

 

Lokasi siri jelajah (roadshow) adalah seperti berikut:-

1. Tesco Kepong - 11 sehingga 13 Jan
2. Sunway Pyramid Subang Jaya - 17 sehingga 20 Jan
3. East Coast Mall Kuantan - 31 Jan sehingga 3 Feb
4. KSL City Mall Johor Bahru - 15 sehingga 17 Feb
5. Queensbay Mall Penang - 21 sehingga 24 Feb
6. Aeon Station 18 Ipoh - 26 Feb sehingga 3 Mac

 

Untuk maklumat terkini tentang pertandingan Menang Percutian Impian Bersama Shell dan senarai pemenang, sila lawati https://www.shell.com.my/percutianimpian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Kami telah bawa isu ini ke perhatian kerajaan Persekutuan, kami hargai cakna dan keprihatinan…
Berita Domestik
Kajian dan ujian yang dilakukan oleh Shell untuk formulasi terbaharu ini menjamin prestasi yang…
Pelancaran
Ia juga selari dengan aspirasi Shell untuk menjadi perniagaan tenaga sifar emisi menjelang tahun…