Medklinn Auto - Cara terbaik pastikan udara dalam kabin kereta bersih! (RM351.20)

oleh HEZERI SAMSURI|
Udara bersih di dalam kabin tidak bermakna ia penting semasa jerubu sahaja.

Keadaan kabin kenderaan yang terperap, ditambah dengan tabiat makan dan minum di dalam kereta, habuk-habuk luar dan bakteria yang melekat dari kasut dan hinggap ke karpet kenderaan kita adalah antara gejala "serangan hendap" kepada kesihatan keluarga kita.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Antara produk yang terbukti di pasaran ialah dari jenama tempatan, Medklinn.

Ia menggunakan teknologi dari Jepun dan ia digunakan di banyak hospital-hospital serta hotel-hotel.

Tidak seperti teknologi penapis udara yang memerlukan penggantian penapis yang mahal dan kekerapan penggantian bergantung kepada kualiti udara, Medklinn menggunakan teknologi Cerafusion.

Cerafusion tidak menapis, tetapi menghasilkan Oksigen Aktif, sama seperti apa yang dihasilkan oleh alam semulajadi sendiri.

 

 

Empat cara utama alam semulajadi menghasilkan Oksigen Aktif ialah:

  • Fotosintesis
  • Sinaran UV
  • Air yang bergerak
  • Ribut petir

Oksigen Aktif terdiri dari tiga atom oksigen dan atom oksigen negatif.

Ia menghapuskan 99.9 peratus allergen, bau busuk, bakteria, virus, kulat dan bahan-bahan toksik di dalam udara dan di permukaan objek.

Untuk udara dan permukaan di dalam kabin kenderaan anda, Oksigen Aktif mempunyai lima cara untuk membersihkannya.

  1. Oksigen Aktif membasmi bakteria dan virus dengan cara memecahkan dinding sel bakteria dan merosakan DNA dan RNA viral.
  2. Oksigen Aktif mengoksidakan bahan VOC (Volatile Organis Compounds) seperti formaldehyde, bahan kimia yang boleh menyebabkan barah.
  3. Oksigen Aktif menyahaslikan (denature) allergen-allergen seperti hama-hama.
  4. Oksigen Aktif menghilangkan bau-bau seperti asap tembakau (rokok), bau binatang peliharaan, makanan dan kulat.
  5. Oksigen Aktif juga menghapuskan partikel-partikel bawaan udara seperti habuk, spora dan kulat.

Cakap sahaja tidak ada gunanya dan Medklinn telah meminta Universiti Monash di Kampus Sunway untuk membuat ujian-ujian makmal dengan Teknologi Cerafusion.

Di bawah ialah hasil kajian eksperimen tersebut.

 

Prosidur ujian:
Bakteria atau ragi (yeast) disapukan pada plat agar-agar dan diletakkan di dalam dua kebuk inkubasi - satu dengan Teknologi Cerafusion dan satu lagi tanpa.

 

Medklinn Autoplus ialah alat penghasil Oksigen Aktif yang sesuai untuk kenderaan biasa.

Bentuknya yang kecil dan modern itu tidak nampak janggal di dalam kenderaan dan paling penting, ia tidak memakan ruang.

Cuma cucuk terus ke soket 12V dan ia akan terus menghasilkan Oksigen Aktif untuk membunuh gejala-gejala negatif di dalam udara kabin kenderaan anda yang membawa keburukan untuk kesihatan keluarga.

 

 

Untuk yang masih cuba membandingkan dengan penapis udara, analogi untuk Teknologi Cerafusion ini amat mudah. 

Dalam sistem penapis udara, ia menyedut udara dan memerangkap bakteria, virus dan hama di dalam "penjaranya".

Dalam sistem Medklinn Autopluss, Teknologi Cerafusion menghasilkan adiwira-adiwira dalam bentuk Oksigen Aktif dan membunuh bakteria, virus dan hama.

Ini bermakna ia lebih efektif, lebih kompak, lebih praktikal dan lebih murah untuk diselenggara (cuma satu katridj bernilai RM90 yang perlu diganti dalam masa setahun).

 

 

Untuk masa terhad ini, Careta dan Medklinn menawarkan pakej istimewa, khas untuk pembaca dan penyokong Careta.

Beli 1 Autoplus dengan harga tawaran (RM351.20) dan anda akan mendapat satu katridj Cerafusion bernilai tambahan percuma yang bernilai RM90(jangkahayat katridj ialah setahun). 

Klik pautan di bawah ini  untuk membeli Autoklinn anda dengan diskaun istimewa untuk pembaca Careta.

BELI MEDKLINN AUTOPLUS DENGAN DISKAUN KHAS UNTUK CARETA

Untuk yang hendak tahu lebih lanjut, di bawah ialah video produk Autoplus.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Tetapi tahu kah anda bahawa pewangi tersebut sebenarnya MENIPU kita kerana ia sebenarnya…
Gaya Hidup
Kerana itu, ada bilik hotel yang berbau kepam dan kusam, dan kita tidak tahu apa jenis bakteria dan…
Berita Domestik
  MedKlinn Malaysia ialah pembuat produk pembersih dan penyah-kuman untuk udara dan Universal…