Medklinn Versa - pensteril kuman paling kecil untuk bilik!

oleh HEZERI SAMSURI|
Jika dahulu Careta memperkenalkan peranti pensteril kuman Medklinn untuk kabin kenderaan, kali ini Careta diberi peluang untuk mencuba varian Versa, pensteril kuman yang kompak dan boleh dibawa berjalan.

Bukan semua hotel-hotel mampu menggunakan sistem pendingin hawa yang lengkap dengan alat pembasmi kuman, terutama bila kita mengembara ke bandar-bandar kecil, baik di dalam negara atau di luar negara.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Kerana itu, ada bilik hotel yang berbau kepam dan kusam, dan kita tidak tahu apa jenis bakteria dan virus yang berkampung di atas permaidani bilik itu.

 

 

Versa ialah peranti pensteril kuman dari Medklin yang mampu menghasilkan Oksigen Aktif yang akan membunuh alergen, bau-bau kurang enak, bakteria, virus-virus dan kulat di ruang udara dan juga pada katil, cadar, sofa dan permaidani.

Datang dalam dua saiz, Versa 25 cukup untuk melindungi ruang sebesar 250 kaki persegi dan Versa 45 pula sehingga ruang sebesar 450 kaki persegi.

Ia juga cuma seberat 220 gram, dan cukup kecil untuk dimuatkan di dalam beg kabin anda.

 

 

Seperti peranti gaya hidup sekarang, Versa juga datang dengan pelbagai warna - lapan warna-warna menarik untuk dipilih.

Ia menggunakan USB Power Adaptor ataupun anda boleh menggunakan mana-mana sumber tenaga USB seperti dari powerbank (kuasa minima diperlukan ialah 2A), laptop dan sebagainya.

Penjagaan sangat mudah, sama seperti Mediklin untuk kereta anda. Cuma gantikan katridj setahun sekali sahaja.  

Jadi jika anda sudah tahu betapa efektifnya Medklinn untuk kenderaan anda, bawa udara bersih itu ke bilik hotel anda supaya kesihatan seluruh keluarga terjamin!

 

 

Khas untuk pembaca Careta yang mahu membeli Versa ini, anda akan mendapat:

  • Diskaun 20 peratus
  • Percuma satu katridj bernilai RM139
  • Percuma satu perumah (casing) berwarna bernilai RM99

Dapatkan Versa anda dengan diskaun khas Careta di pautan ini

https://www.medklinn.com/my/personal-solutions/hometravel-versa-careta/

Untuk mengetahui lebih lanjut berkaitan Medklinn AutoPlus khas untuk kabin kereta dan juga bagaimana ia menghasilkan Oksigen Aktif, lawati pautan yang ini pula.

https://careta.my/article/medklinn-auto-cara-terbaik-pastikan-udara-dalam-kabin-kereta-bersih-rm35120

Dan untuk melihat video bagaimana teknologi Medklinn berguna untuk kehidupan anda dan keluarga, layan video di bawah.

 

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Tetapi tahu kah anda bahawa pewangi tersebut sebenarnya MENIPU kita kerana ia sebenarnya…
Gaya Hidup
Antara produk yang terbukti di pasaran ialah dari jenama tempatan, Medklinn. Ia menggunakan…
Berita Domestik
  MedKlinn Malaysia ialah pembuat produk pembersih dan penyah-kuman untuk udara dan Universal…