McDonald's kini tawar slot pengecasan pantas EV di Sweden, Netherlands

oleh Mohamad Hanif|
Di luar negara, mengisi bahan api di stesen minyak mungkin akan menjadi suatu yang asing kerana kebanyakan pengendali stesen minyak seperti BP dan Shell sudah mula menawarkan perkhidmatan pengecasan kenderaan elektrik.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Tidak cukup dengan itu, pengendali restoran makanan segera juga kini sedang cuba meneroka perniagaan baharu itu, seperti apa yang dilakukan oleh McDonald's.

Di Sweden, McDonald's kini menjadi restoran makanan segera terbesar di negara itu yang menawarkan slot pengecasan untuk EV. 

Mereka telah mula memperkenalkan perkhidmatan tersebut sejak tahun 2009, dan kini mempunyai kira-kira 55 buah stesen pengecasan di seluruh negara Scandinavia itu. 

McDonald's juga sedang merancang untuk menambah lagi pusat pengecasan di kesemua restoran pandu lalu dalam masa akan datang. 
 


Untuk menarik perhatian para pemilik EV, McDonald's menggunakan rekaan papan tanda klasik yang memaparkan harga jualan semasa menu serta kos pengecasan yang perlu dibayar oleh pemilik untuk setiap minit, menurut laporan Design Boom.

Menurut Christoffer Rönnblad, Pengarah Pemasaran McDonald's Sweden berkata, "penggunaan papan tanda itu merupakan satu cara kami menggunakan sepenuhnya pendekatan klasik McDonalds'.

Selain daripada Sweden, McDonald's di Netherlands juga akan turut memasang dua pusat pengecasan pantas untuk setiap cawangan restoran tersebut di negara itu. 

 


Sumber: Inside EVs

Berita Berkenaan

Berita Global
Supercar yang hadir dengan nadi W16 berkuasa 1,578 hp itu berkeupayaan untuk mencapai kelajuan…
Berita Global
Penawaran terbaharu Nissan GT-R Nismo 2022 ini menampilkan beberapa perubahan dari segi kosmetik,…
Berita Global
  Cara pembuatan ialah dengan memanaskan sekam kepada suhu tinggi di bawah oksigen rendah dan…