Ford dan McD bekerjasama, guna sekam kopi dalam komponen kereta (Nyam...Nyam...)

oleh Muhammad Md Tajudin|
Ini berita yang penulis anggap aneh dan turut menambah pengetahuan baharu. Ford Motor Company dan McDonald's Amerika Syarikat dalam masa terdekat akan menggunakan sekam kopi sebagai bahan dalam komponen kereta.

Sekam adalah kulit kering daripada biji kopi yang gugur semasa proses memanggang dan jutaan kilogram bahan itu mudah untuk didapatkan. Di antara komponen yang boleh menggunakannya ialah perumah lampu utama.

McDonalds' dijangka akan membekalkan sebahagian besar sekam kopi di Amerika Utara kepada Ford bagi tujuan tersebut.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
FORD AND McDONALD’S COLLABORATE TO CONVERT COFFEE BEAN SKIN INTO CAR PARTS

 

Cara pembuatan ialah dengan memanaskan sekam kepada suhu tinggi di bawah oksigen rendah dan kemudian mencampurkannya dengan plastik dan aditif lain untuk ditukarkan dalam bentuk pelet.

Bahan itu juga boleh ditukar kepada pelbagai jenis bentuk yang diperlukan. Ini adalah kali pertama Ford menggunakan kulit biji kopi dalam menghasilkan komponen kereta.

Dari segi standard, komposit sekam berjaya memenuhi spesifikasi kualiti untuk komponen seperti perumah lampu utama, bahagian enjin dan interior.

 

FORD AND McDONALD’S COLLABORATE TO CONVERT COFFEE BEAN SKIN INTO CAR PARTS

 

Satu kelebihan sekam ialah komponen menjadi 20 peratus lebih ringan dan tenaga yang diperlukan dalam proses acuan 25 peratus lebih rendah.

Projek ini turut melibatkan Varroc Lighting Systems yang membekalkan lampu utama dan Competitive Green Technologies sebagai pemproses sekam kopi.

Ford sekarang ini sedang berusaha bagi menggunakan plastik kitar semula dan diperbaharui di peringkat global dengan peningkatan pelbagai bahan yang mampan.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Selepas itu, Latihan Kemahiran 4WD Sarawak 4x4 Training Academy (Sar4Trac) pula akan diadakan, yang…
Berita Global
Isuzu D-Max menjadi kenderaan ketiga paling popular di negara kangaroo itu, dengan jualan sebanyak…
Berita Global
  Selain itu, XR3 dijual pada harga yang berdaya saing dan gabungan ciri-ciri tersebut…