Nissan GT-R Nismo 2022 dapat warna Stealth Gray, hud gentian karbon, rim 20 inci Rays!

oleh Mohamad Hanif|
Nampaknya, penawaran Nissan GT-R masih lagi berbisa walaupun tiada sebarang perubahan ketara dibuat terhadap rupa asalnya sejak ia mula diperkenalkan pada tahun 2007.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Penawaran terbaharu Nissan GT-R Nismo 2022 ini menampilkan beberapa perubahan dari segi kosmetik, seperti layangan warna baharu Stealth Gray, hud enjin daripada gentian karbon, serta rim aluminium eksklusif Rays bersaiz 20 inci yang didatangkan dengan aksen warna merah.

 


Selain daripada itu, Nissan GT-R Nismo 2022 juga turut mendapat logo korporat baharu Nissan yang sebelum ini muncul pada model EV Nissan Ariya.

Tiada sebarang perubahan mekanikal dibuat, di mana Nissan GT-R Nismo 2022 masih lagi membawakan enjin 3.8 liter VR38DETT yang menghasilkan 529 kuasa kuda dan 652 Nm.

Sistem brek pula terdiri daripada angkup daripada Brembo, diikuti rotor brek bersaiz 410 mm di hadapan dan 390 mm di belakang.

 


Namun, Nissan GT-R Nismo versi Special Edition dikatakan menampilkan beberapa penambahbaikan seperti cincin omboh, rod penyambung, aci engkol, flywheel, crank pulley dan spring injap bespoke yang membolehkan enjin memberikan respons dan turbo spooling yang lebih pantas.

Sebelum kereta sebenar tiba di pusat pameran Nissan Jepun pada Oktober ini, Nissan GT-R Nismo akan mula dijual di McDonald's menerusi penawaran "Tomica Happy Set" yang akan bermula pada 16 April ini.