Mazda panggil kembali CX-5 2016 - lampu nyalaan siang gagal berfungsi!

oleh Mohamad Hanif|
Dalam satu kempen panggil semula yang dibuat oleh National Highway Traffic Safety Administration (NHTSA), Mazda memanggil kembali kira-kira 35,000 unit Mazda CX-5 (2016MY).

Ia melibatkan kelemahan struktur gasket yang digunakan untuk mengimpal sistem pendawaian (wiring harness) yang tidak menepati spesifikasi yang ditetapkan oleh Mazda. 

Keadaan ini mampu mengakibatkan struktur tersebut lemah dan membebaskan sulfur yang mampu merosakkan litar kawalan LED, seterusnnya menyebabkan lampu nyalaan siang berkelip-kelip dan gagal berfungsi pada masa yang sama. 

Ia juga mampu menimbulkan isu keselamatan di mana lampu nyalaan siang gagal berfungsi di dalam situasi kelam, menjadikan pejalan kaki sukar untuk mengesan kehadiran SUV tersebut. 

Masalah yang timbul ini telah pun dibangkitkan oleh pemilik Mazda, dan menurut laporan daripada TFL Car, kos penukaran sistem lampu Mazda CX-5 ini bernilai $600 (RM2,481) untuk setiap bahagian kiri dan kanan. 

Kami telah mengajukan pertanyaan yang sama kepada pihak Mazda Malaysia berkenaan isu yang serupa, dan sebarang informasi lanjut akan dikemaskini dalam masa terdekat. 

Sumber: CarScoops

Add new comment

Careta Ad

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Dalam kejadian tersebut, wanita itu menghantar SUV-nya untuk dibasuh sebelum beredar ke tempat lain…
Berita Domestik
Kami berkesempatan untuk singgah ke Mazda Glenmarie melihat dengan lebih dekat penawaran terbaharu…
Model Terbaharu
Memperkenalkan, Mazda CX-5 2.5L T AWD.