Pandu melulu hingga sebabkan kematian, pemandu Mazda CX-5 didakwa

oleh Penyumbang Rencana|
Kemalangan pada 27 Mac lalu, gambar ihsan Bomba
Seorang jurujual mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret hari ini, atas pertuduhan memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian seorang lelaki di Parit Sulong, di Batu Pahat, akhir bulan lepas.

AION MREC Banner Campaign May 2024

Tan Min Chun, 32, didakwa melakukan perbuatan itu di Jalan Parit Jalil, Parit Sulong, di sini pada 3.30 petang pada 27 Mac lepas dengan memandu kenderaan jenis Mazda CX5 secara melulu sehingga menyebabkan kematian Mohd Kamarul Shahril A. Samad, 43.

Dia dituduh mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum 10 tahun serta denda tidak lebih RM50,000 selain hilang kelayakan memegang atau mendapatkan lesen memandu selama lima tahun.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Siti Khalijah Khalid menawarkan jaminan RM10,000 terhadap tertuduh dengan seorang penjamin.

 

pemandu
Tan Min Chun - gambar dari Bernama

 

Bagaimanapun, peguam Tan Song Yan yang mewakii Min Chun memohon jaminan dikurangkan kerana anak guamnya masih menanggung isteri dan anak berusia setahun selain menjaga ibunya yang sudah berusia.

Majistret Siti Zubaidah Mahat kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 23 April sebagai tarikh sebutan semula kes.

 

 

-- Bernama

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Suspek akan disiasat mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan akan dibawa ke mahkamah…
Berita Domestik
  "Siasatan dilakukan mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta Proton dari arah…
Berita Domestik
Menurut laporan Bernama, suspek dikatakan cuba melarikan diri dengan memandu secara merbahaya…