Enjin turbo 2.5 liter empat silinder sebaris itu merupakan pendatang baharu yang menyertai keluarga Skyactiv-G dengan kuasa setinggi 230 PS dan daya kilas 420 Nm yang masuk penuh seawal 2,000 rpm.
Dari segi penggunaan bahan api pula, Mazda CX-5 dengan enjin baharu ini mampu mencatatkan bacaan serendah 7.9 km/100 km mengikut kiraan baharu daripada Worldwide Harmonised Light Vehicle Test Procedure (WLTP).
Enjin ini kemudiannya dipadankan dengan kotak gear automatik enam kelajuan dengan pilihan pacuan semua roda ataupun pacuan roda hadapan sahaja, manakala transmisi manual enam kelajuan pula dikhususkan kepada varian turbodiesel 2.2 liter (172 PS/420 Nm).
Crossover ini turut sama menerima ciri G-Vectoring Control (GVC) yang memberikan lebih kestabilan dan kejituan pengendalian serta dan lebih keselesaan ketika pemanduan seharian.