Mazda CX-5, CX-9 terima kemas kini ciri tambahan

oleh Mohamad Hanif|
Serentak dengan pengumuman harga jualan terkini yang termasuk cukai SST, Bermaz Motor turut sama hadir dengan kemas kini ciri-ciri baharu pada Mazda CX-5 dan Mazda CX-9.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Antara ciri menarik yang didatangkan pada Mazda CX-5 ialah fungsi Power Tailgate membolehkan pengguna memunggah dan meletakkan barang kargo dengan hanya satu sentuhan pada Keyless Entry Transmitter. 
 


Fungsi ini turut dilengkapkan dengan ciri jam-safe sensors yang akan mengesan halangan seterusnya menghentikan operasi membuka atau menutup pintu belakang dengan serta merta bagi mengelakkan sebarang insiden tersepit. 

Power Tailgate ini terdapat untuk kesemua varian CX-5 yang dijual di Malaysia kecuali varian 2.0 GL 2WD. 
 


Kemaskini untuk SUV CX-9 2018 pula, ia kini hadir dengan sistem infotainmen MZD Connect dengan ciri sambungan kepada telefon pintar menerusi Apple CarPlay dan Android Auto membolehkan pemandu dan penumpang mengakses aplikasi mudah alih menerusi sambungan USB. 

Ciri 360 darjah View Monitor kini didatangkan sebagai ciri standard yang menggunakan khidmat empat buah kamera keliling kenderaan bagi memaparkan imej sekeliling terutama ketika memandu di kawasan sempit atau memasuki kawasan parkir. 
 


Selain daripada itu, Mazda CX-9 juga turut hadir dengan tempat duduk hadapan berliang bagi membolehkan aliran udara menembusi seterusnya memberikan keselesaan yang lebih kepada para penumpang. 

Senarai harga jualan bagi Mazda CX-5 dan CX-9 boleh dirujuk menerusi pautan di bawah. 

Senarai Harga Jualan Kenderaan Mazda (termasuk SST)

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Mazda CX-5 facelift ini telah pun dinampakkan di Malaysia pada November lalu, dan menurut beberapa…
Berita Global
Baru-baru ini, hantaran seorang pengguna Facebook dari Thailand telah menunjukkan salah satu contoh…
Berita Domestik
Tan Min Chun, 32, didakwa melakukan perbuatan itu di Jalan Parit Jalil, Parit Sulong, di sini pada…