Mazda Bongo 2020, van legenda kembali!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Mazda Bongo Van
Mazda Bongo Van
Mazda Bongo merupakan van ikonik buat keluarga pada era 80-an dan 90an. Pada masa itu, reka bentuk van cenderung kepada berkotak dan bersegi.

Selain digunakan untuk keluarga atau penumpang, van seperti Bongo turut digunakan sebagai kenderaan komersial. Bezanya ialah versi penumpang lebih mewah manakala varian komersial pula lebih kepada utilitarian.

Perubahan citarasa menyaksikan van keluarga beransur kepada MPV dan SUV yang lebih bergaya. Bentuk berkotak masih ada namun tidak meriah seperti dahulu.

Disebabkan perkembangan itu apakah nasib van seperti Bongo?

Satu yang mengujakan apabila van ini ada ditawarkan di Jepun. 
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Mazda Bongo Truck

Mazda mengumumkan penjualan Bongo Van dan Bongo pada 11 September 2020 dengan tempahan bermula dari 17 Julai 2020.

Jika ada pembaca perasan mengapa van ini seakan sama seperti Daihatsu Gran Max atau Toyota Town Ace yang pernah kami paparkan sebelum ini, jawapannya ya ini van sama.

Satu perkara menarik apabila Mazda Bongo Brawny yang juga pernah kami paparkan dijenama semula dari Toyota Hiace.

Ini bermakna, kedua-dua varian iaitu Bongo dan Bongo Brawny mempunyai kesinambungan di pasaran. Bezanya ialah Bongo mengecil manakala Bongo Brawny pula kekal dengan saiz besar.

Bongo Van disasarkan kepada pembeli yang mahukan van kecil manakala Bongo Brawny dengan ruang lebih besar. Selain van, Bongo turut ditawarkan dalam bentuk lori kecil.

Mazda Bongo Van dan Bongo Truck mempunyai dua varian iaitu STD dan DX.

Mazda Bongo Truck

Kedua-dua jenis badan menggunakan enjin petrol 1,496 cc dengan pilihan transmisi lima kelajuan manual atau empat kelajuan automatik dan juga dua pilihan pacuan iaitu 2WD atau 4WD

Satu ciri standard yang menarik pada Bongo ialah teknologi Smart Assist* yang berupaya mencegah kemalangan. 

Di antaranya ialah yang menyokong fungsi brek bagi mengelak kemalangan termasuk pejalan kaki pada waktu malam, lampu puncak automatik, amaran penukaran laluan dan makluman pergerakan kenderaan hadapan.

Bongo dengan transmisi automatik dilengkapi fungsi incorrect start suppression apabila pemandu secara tiba-tiba menekan injak minyak.

Mazda Bongo Van

Dari segi praktikaliti, tinggi permukaan lantai Bongo Van ialah 620mm manakala tinggi lantai Bongo Truck ialah 755mm.

Berkenaan harga, Mazda Bongo Van dijual dari 1,822,700 yen (RM73,825) untuk varian asas STD 2WD 5MT manakala Bongo Truck dari 1,680,800 yen (RM68,078) bagi varian asas dengan kod yang sama.

Kepada yang berkenan, harap maklum van ini ditawarkan di pasaran Jepun dan paling hampir dengan pasaran tempatan ialah Daihatsu Gran Max.

Penulis: Muhammad Md Tajudin / Kredit foto: Mazda

*Cap dagangan Daihatsu Motor Co., Ltd.

Lagi artikel mengenai Mazda Bongo:

Ini kisah Mazda Bongo, van legenda dari era 80an!

Ini kisah Mazda Bongo Brawny dan model 2019, ada di pasaran hingga kini!

Berita Berkenaan

Berita Global
  Sifirnya bukan rahsia iaitu rekaan yang menyerlah dan tidak bergantung secara mutlak kepada…
Berita Global
Ia memiliki sifat yang ringan dan kuat dalam masa yang sama, namun harus diingat gentian karbon…
Telah Diuji
Kalau diikutkan sejak CX-5 generasi kedua ini mula dilancarkan pada tahun 2017, sudah enam kali…