Ini kisah Mazda Bongo, van legenda dari era 80an!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Mazda Bongo Sky Lounge
Mazda Bongo Sky Lounge
Sekarang ini kita boleh saksikan pelbagai model keluaran Mazda yang bergaya seperti Mazda3, CX-3, CX-30, CX-5 di atas jalan raya. Sepanjang usia Mazda, syarikat dari Hiroshima itu tidak pernah berhenti mengeluarkan kenderaan yang menarik dengan idea tersendiri.

Tidak hanya roadster, sedan atau coupé, Mazda turut mempunyai kisah menarik mengenai van dan MPV. Satu model yang terkenal pastinya Mazda Bongo.

Sebelum dikenali secara silang dengan Ford Econovan, Bongo asal atau generasi pertama diperkenalkan pada Mei 1966. 

Ini adalah van yang ajaib. Ukuran panjang hanya 3.77 meter tetapi mempunyai lapan tempat duduk. Satu dari ciri istimewa ialah rekaan lantai rendah yang membolehkan ia mempunyai kebolehan tersebut.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Mazda Bongo 1966
Mazda Bongo 1966

 

Enjin van ini juga tidak besar, diletakkan pada bahagian belakang dengan sesaran 782 cc OHV dan menggerakkan roda belakang.

Pada 1968, Bongo F800 disertai satu lagi varian iaitu F1000 dengan enjin 987 cc. Van bersejarah ini lama di pasaran dengan pengeluaran ditamatkan pada 1975.

Bongo generasi kedua diperkenalkan pada September 1977. Model ini bukan sahaja dijenamakan sebagai Ford Econovan tetapi juga Kia Bongo.

Pada 1983, Bongo generasi ketiga memasuki pasaran dan turut dikenali sebagai E-Series.

 

Mazda Bongo Sky Lounge
Mazda Bongo Sky Lounge

 

Pada tahun yang sama ada satu model istimewa iaitu Bongo Sky Lounge. Ia adalah sebuah bas mikro mewah dengan bumbung yang ditinggikan.

Bongo E-Series ini banyak di negara kita satu ketika dahulu dan masih berada di atas jalan raya sehingga sekarang.

E-Series mempunyai pelbagai jenis enjin petrol (1400 cc - 2000 cc) dan diesel (1400 cc - 2184 cc).

Van ini lama di pasaran dengan beberapa pembaharuan sehingga 90an. Ford Spectron juga lahir daripada generasi ini.

Selain van penumpang, seperti generasi sebelumnya Bongo turut dijadikan pikap dan van kargo.

Mazda Bongo 2002
Mazda Bongo 2002

 

Pada Jun 1999, Mazda memperkenalkan Bongo generasi keempat.

Model ini masih mengekalkan reka bentuk van sejati yang berkotak malah kelihatan hampir sama dengan generasi sebelumnya.

Ada dua jenis enjin ditawarkan iaitu 1.8L petrol EGI F8-E dan 2.2L diesel R2.

Mazda mengumumkan generasi ini adalah van dan pikap Bongo terakhir yang direka secara dalaman. Pada 2018 Mazda menghentikan pengeluaran Bongo dan berakhirlah van legenda ini.

Satu varian lain iaitu Bongo Brawny disambung kembali pada 2019 dan ia adalah sebuah Toyota Hiace yang dijenamakan semula dan hanya untuk tujuan komersial di Jepun.

Sejarah asal Bongo sebenarnya sudah tamat pada 2018 dan ia bukan pengakhiran.

 

Mazda MPV 4WD 1991
Mazda MPV 4WD 1991 

 

Di antara generasi Bongo, Mazda memperkenalkan beberapa 'van moden' seperti Mazda MPV, Premacy, Mazda5 dan Mazda8.

Sama seperti Bongo, kesemua MPV moden tersebut telah ditamatkan dan Mazda menggantikannya dalam bentuk lain.

Jawapannya adalah pada Mazda CX-8 dan CX-9 yang boleh membawa ramai penumpang dalam pakej anggun dan premium. 

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Berita Berkenaan

Berita Global
Ia memiliki sifat yang ringan dan kuat dalam masa yang sama, namun harus diingat gentian karbon…
Telah Diuji
Kalau diikutkan sejak CX-5 generasi kedua ini mula dilancarkan pada tahun 2017, sudah enam kali…
Berita Global
  Kesemuanya dipadan bersama kotak gear automatik lapan kelajuan dan pacuan semua roda (AWD) i-…