Ini kisah Mazda Bongo Brawny dan model 2019, ada di pasaran hingga kini!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Mazda Bongo Brawny 1983
Mazda Bongo Brawny 1983
Apabila mengkaji mengenai Mazda, terlalu banyak kisah menarik untuk diceritakan. Syarikat dari Hiroshima itu sentiasa mempunyai agenda yang menarik perhatian sama ada sebagai pembuat produk kayu gabus, motosikal atau trak roda tiga, enjin rotary dan terkini mengenai Skyactiv dan falsafah Kodo.

Selain hebat dengan kereta penumpang dan SUV yang ditawarkan sekarang seperti Mazda3, CX-30, CX-8 dan sebagainya, Mazda mempunyai model teras yang berkait dengan awal penubuhannya.

Sebelum ini kita boleh lihat bagaimana Mazda memperkenalkan BT-50, sebuah segmen yang berbeza daripada penawaran semasa namun faktanya ialah pikap tersebut merupakan kesinambungan kepada model siri B berpuluh tahun dahulu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Mazda Bongo Brawny Truck 1984
Mazda Bongo Brawny Truck 1984

 

Satu lagi jenis kenderaan yang mempunyai sejarah lama dan kaitan kuat ialah van Mazda Bongo.

Generasi pertama Bongo diperkenalkan pada Mei 1996 dan berterusan dengan aneka varian dan dijual di banyak buah negara.

Penawaran Bongo berlangsung sehingga generasi keempat dan akhirnya dihentikan pada 2018.

Jika BT-50 mempunyai model gantian bagaimana pula dengan van ikonik ini? 

Mazda tidak menghentikan terus van ini dan pada April 2019 memperkenalkan Bongo Brawny di Jepun. Menariknya ialah Bongo Browny dijenamakan semula dari generasi kelima Toyota Hiace.

Mazda Bongo Brawny Ivan GL Super 2000
Mazda Bongo Brawny Ivan GL Super 2000

 

Bongo Brawny bukan nama baharu, Mazda memperkenalkannya pada generasi ketiga Bongo dengan saiz lebih besar dan Ford turut memasarkannya sebagai Econovan Maxi.

Bongo Brawny generasi kedua kemudian diperkenalkan pada 1999 dan lama berada di pasaran sehingga 2010.

Walaupun ditamatkan, Bongo generasi keempat yang juga diperkenalkan pada 1999 terus dijual termasuk beberapa kemaskini sehingga dihentikan pada 2018. 

Seperti yang dikongsikan di atas, Bongo Brawny diperkenalkan semula di Jepun pada 2019 dan dijenama dari Toyota Hiace.

Bongo Brawny baharu ditampilkan untuk kegunaan komersial sahaja tanpa versi penumpang seperti sebelumnya.

Mazda Bongo Brawny 2002
Mazda Bongo Brawny 2002

 

Selain ruang kargo yang panjang, Bongo Brawny dilengkapi teknologi seperti sistem keselamatan pra pelanggaran yang mampu mengesan kenderaan di hadapan dan pejalan kaki bagi mengelak kemalangan atau mengurangkan kerosakan.

Bukan itu sahaja, Bongo Brawny dilengkapi Peringatan Penukaran Laluan yang berfungsi apabila kenderaan bergerak dari laluan tanpa lampu isyarat dihidupkan.

Lampu Puncak Automatik pula berfungsi dengan menukar nyalaan di antara lampu tinggi dan rendah bergantung kepada situasi.

Dari segi keselamatan pengendalian, van ini dilengkapi Sistem Kawalan Penstabilan Dinamik (DSC) dan Kawalan Bantuan Daya Tolakan Mendaki (Hill Start Assist Control).

Mazda Bongo Brawny 2005
Mazda Bongo Brawny 2005

 

Menggerakkan Bongo Browny 2019 ialah dua pilihan enjin iaitu 2.0 liter berkuasa 134hp pada 5,600 rpm dan tork 182Nm pada 4,000 rpm untuk model pacuan roda depan.

Satu lagi pilihan lebih berkuasa iaitu 2.8 liter turbo diesel 149hp pada 3,600 rpm dan tork maksimum 300Nm dari 1,000 hingga 3,400 rpm.

Kedua-dua enjin dipadan bersama transmisi enam kelajuan automatik. Untuk sebuah van komersial, ciri-ciri pada Bongo Brawny ini memang hebat.

Semasa diperkenalkan pada April 2019, Mazda Bongo Brawny dijual dari 2,421,360 yen hingga 3,594,240 yen.

Penulis: Muhammad Md Tajudin / Kredit foto: Mazda

 

Mazda Bongo Brawny GL 2WD 2019
Mazda Bongo Brawny GL 2WD 2019