Maserati MC20 - supercar era baharu, 630 hp/730 Nm, 0-100 kmsj bawah 2.9 saat!

oleh Mohamad Hanif|
Dalam satu acara "MMXX: Time to be audacious" bertempat di Modena, Maserati mengambil peluang untuk memperkenalkan secara rasmi model baharu dalam era baharu - MC20 - yang menggabungkan stail unik Maserati ke dalam sebuah pakej prestasi yang serba sporti.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Nama MC20 itu memiliki maksud yang tersendiri di mana:
MC - Maserati Corse
20 - tahun model ini dilancarkan

Disebalik arca senibina Maserati serba baharu ini tersorok nadi baharu Nettuno - enjin 3.0 liter bentangan V6 yang mampu menghasilkan 630 kuasa kuda dan 730 Nm daya kilas yang membenarkan pecutan 0-100 km/j dalam masa 2.9 saat sebelum mencapai kelajuan tertinggi 325 km/j.

 


Casis MC20 sememangnya ringan (1,500 kg) terima kasih kepada penggunaan bahan gentian karbon berkualiti tinggi, dan dengan output 630 hp itu tadi, Maserati MC20 memiliki angka nisbah berat kepada kuasa sekitar 2.33 kg/hp!

Pembangunan rekaan Maserati MC20 mengambil masa kira-kira 24 bulan dengan penglibatan daripada pasukan jurutera Maserati Innovation Lab, pakar teknikal Maserati Engine Lab dan pereka dari Maserati Style Centre.

 


Malah, penggunaan simulator Virtual Vehicle Dynamics Development yang digunakan sebenarnya dibangunkan secara in-house oleh Maserati Innovation Lab berdasarkan model matematikal yang kompleks digelar sebagai Virtual Car.

Penggunaan cara ini membenarkan pihak jurutera menguji sehingga 97 peratus ujian dinamik bagi mengoptimasikan masa pembangunan supercar tersebut, sebelum ditala kembali oleh Maserati menerusi ujian dunia sebenar di dalam litar lumba dan jalan raya.

Aspek aerodinamik pula mengambil masa melebihi 2,000 jam di dalam fasiliti Dallara Wind Tunnel menggunakan ribuan simulasi Computational Fluid Dynamic (CFD) bagi membolehkan arca seni ini mampu mencapai kadar pekali seretan serendah 0.38.

 


Rekaan ruang kabin pula bersifat ringkas dan lebih berorientasikan pemandu, bermula dari kehadiran dua skrin bersaiz 10 inci - satu di hadapan pemandu dan satu lagi dilengkapi dengan Maserati Touch Control Plus.

Sistem ini menyokong program Maserati Connect yang merangkumi sistem navigasi, Alexa dan titik panas Wifi, selain boleh dikawal menerusi aplikasi mudah alih Maserati Connect atau app Smartwatch.

 


Selain daripada itu, kelengkapan lain termasuklah slot pengecasan peranti pintar nirwayar, seleksi mod pemanduan (GT, Wet, Sport, Corsa, ESC Off), butang kawalan tingkap di bahagian konsol tengah dan ruang storan.

Disebabkan ruang konsol tengah yang kemas, roda stereng pula 'sarat' dengan pelbagai butang fungsi termasuklah butang pandu mula dan launch control.

 


Terdapat enam warna baharu yang ditawarkan pada Maserati MC20 iaitu Bianco Audace, Giallo Genio, Rosso Vincete, Blu Infinito, Nero Enigma, dan Grigio Mistero.

Produksi Maserati MC20 dijadualkan bermula menjelang penghujung tahun ini.

 

Berita Berkenaan

Sukan Bermotor
Perlumbaan yang dijadualkan pada Sabtu 13 dan Ahad 14 April itu bakal mengambil tempat di Litar…
Berita Global
Sifat platform yang sangat fleksibel ini membolehkan Stellantis menghasilkan pelbagai jenis model…
Pelancaran
Ia membawakan trenkuasa yang terdiri daripada enjin turbo bersesaran 1,995 cc yang dipadankan…