Menurut laporan FMT, syarikat itu telah memfailkan saman terhadap AirAsia tahun lalu, mendakwa syarikat itu melanggar tanda dagang, salah nyata perdagangan dan campur tangan menyalahi undang-undang dagang.
Perintah injuksi akan berkuat kuasa sehingga pelupusan tuntutan mahkamah.
Dalam penghakimannya, Pesuruhjaya Kehakiman Azlan Sulaiman bersetuju MAB mempunyai alasan kukuh untuk mewajarkan pemberian injuksi berkenaan.
Katanya, perniagaan AirAsia menjual tiket dalam SuperApp tidak akan menjejaskan syarikat itu mengambil kira pengendali tambang murah itu masih boleh menjual tiket melibatkan syarikat penerbangan lain.
AirAsia bagaimanapun membantah permohonan MAB, sambil menyatakan beberapa laman sesawang lain termasuk Expedia, Agoda, Skyscanner, dan Traveloka, juga menjual tiket penerbangan Malaysia Airlines.
“Hanya kerana tiket melibatkan plaintif (MAB, Firefly) dijual dalam laman sesawang lain bukan alasan kepada defendan (AirAsia).
“Isu di sini sama ada tindakan defendan menjurus kepada pelanggaran tanda dagang, kelirupaan, perdagangan dan campur tangan menyalahi undang-undang dagang, dan ia bukan alasan pihak lain mungkin melakukannya juga.
“Fakta dan dapatan kes ini, imbangan kemudahan terletak pada injuksi yang dipohon,” kata Azlan dalam penghakimannya pada Khamis.
Mahkamah juga mengarahkan AirAsia membayar MAB kos RM20,000.
Sumber: FMT